Home Artikel Forex Trading 5 Kriteria Yang Mesti Dikaji Sebelum Memilih Broker Forex

5 Kriteria Yang Mesti Dikaji Sebelum Memilih Broker Forex

3211
12
5-kriteria-yang-mesti-dikaji-sebelum-memilih-broker-forex

Broker forex boleh menjahanamkan kerjaya trading anda jika tersalah pilih. Tanpa broker, anda tak boleh trade. Ini kerana merekalah yang akan menjadi orang tengah bagi membuat order Buy / Sell bagi pihak anda. Anda tak akan dapat jadi “ahli market” secara terus dengan market. Silap pilih broker, memang naya dibuatnya sebab dah banyak kes broker bawa lari duit. Namun begitu, usah terlalu risau. Kes-kes sebegitu terjadi kerana traders telah memilih broker yang salah.

Berikut merupakan 5 kriteria paling yang perlu anda kaji untuk memastikan keselamatan modal trading anda:

1) Mereka Broker Berdaftar Atau Tidak?

Jika broker US, anda boleh check DI SINI (masukkan nama broker di “Firm name”). Untuk broker dari lain-lain negara, anda boleh email kan kepada pihak autoriti masing-masing untuk memeriksa status pendaftaran mereka. Sesetengah broker juga ada menyediakan maklumat ini di website mereka seperti broker FXCM ini:

5-kriteria-yang-mesti-dikaji-sebelum-memilih-broker-forex-3

Harus diingat, tidak ada broker yang berlesen dari Malaysia, yang ada hanyalah wakil atau ejen kepada broker sahaja. Jika ada yang mendakwa mereka broker berdaftar di Malaysia, sila lari jauh-jauh!

2) Adakah Mereka Menawarkan Skim Forex?

Boleh dikatakan semua broker yang menawarkan pulangan bulanan telah bungkus dalam tempoh 3 tahun. Ini kerana untuk memberikan profit sehingga 10% sebulan secara konsisten bukanlah mudah. Bank yang ada duit berbillion tu pun berani bagi 3% sahaja setahun kepada penyimpan, inikan pula syarikat yang tidak dikenali. Biasanya, para pelabur memanglah dapat pulangan pada mulanya. Ini untuk meraih kepercayaan mereka supaya ajak kawan & keluarga turut serta. Bila dah makin ramai melabur, pool fund makin besar, sekelip mata sahaja mereka pun menghilangkan diri. Jadi, jangan ambil risiko. Sila jauhkan diri dari broker sebegini.

Broker yang sebenar tak akan sesekali bagi pulangan tetap. Habis kuat pun mereka akan bagi bonus atas deposit sahaja.

>>> Dia Ni Dah Pernah Rugi RM500,000 Dalam Forex

3) Review Daripada Traders Lain

Layari laman web ini. Ia laman web yang memberikan review bebas dan adil untuk semua broker forex di dunia. Periksa nama broker yang anda nak guna dan lihat review daripada mereka yang pernah menggunakan broker tersebut. Jika banyak review positif maka broker tersebut boleh dipercayai.

4) Caj-Caj Yang Berkaitan

Jika anda membuka non-swap / Islamic account, anda tidak akan dikenakan apa-apa caj. Ada sesetengah broker mengenakan pelbagai jenis caj seperti yang saya terangkan DI SINI. Untuk menjimatkan kos transaksi bank, gunakan khidmat Local Depositor untuk deposit / withdrawal. Swap fee dan commission boleh dielakkan melalui Islamic Account. Selain daripada apa yang dinyatakan, broker anda tidak seharusnya mempunyai caj lain.

5) Siapa Local Depositor Mereka

Ada 2 pihak yang selalu membuatkan trader keliru, iaitu (i) Introducing Broker – IB & (ii) Local Depositor – LD. IB sekadar ejen yang memperkenalkan klien baru kepada broker. Fungsi LD pula lebih jauh dari itu. Selain menjadi ejen, mereka juga boleh membantu anda untuk membuat deposit / withdrawal melalui bank tempatan.

Penting untuk anda tahu perkara ni kerana HANYA LD BOLEH DEPOSIT MODAL KE AKAUN TRADING ANDA. LD bukan calang-calang orang, sebaliknya mereka dilantik oleh broker. Jangan sesekali berikan duit anda kepada pihak selain LD. Silap haribulan, orang tu boleh bawa lari duit anda kerana duit sampai ke tangan mereka dulu sebelum sampai kepada broker. Jadi, sila deposit menggunakan LD yang tersenarai sahaja. Berikut merupakan contoh senarai LD untuk FxCitizen:

5-kriteria-yang-mesti-dikaji-sebelum-memilih-broker-forex-4

Fuhhh, cukuplah 5 kriteria ni ya. Jika anda nak tahu kriteria-kriteria lain yang perlu dikaji, anda boleh pelajari selanjutnya DI SINI. 😀

5-kriteria-yang-mesti-dikaji-sebelum-memilih-broker-forex-2Tak nak pening kepala? Guna je broker yang kami dah guna sejak bertahun lamanya iaitu FxCitizen. Klik gambar di atas untuk mendapatkan Panduan Percuma broker tersebut ya.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

Teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

12 COMMENTS

      • ya tuan. depend pada negara asal. fxcitizen tumpang lesen IgoFx. yang penting sampai hari ni tak scam. dont worry 🙂

  1. Broker FXCITIZN tidak terdaftar di regulator yang kredible seperti di FSA UK (FCA UK), MFSA, ASIC, ataupun CFTC ,bermakna berbaya sangat ya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here