Home Analisis Fundamental Forex Analisis Teknikal Forex Pairs EUR/USD & GBP/USD 03 Jan 2016

Analisis Teknikal Forex Pairs EUR/USD & GBP/USD 03 Jan 2016

734
2
analisis-teknikal-forex-pairs-eurusd-gbpusd-03-jan-2016

Salam semua selamat tahun baru 2016. Ini analisis pertama saya utk tahun ni so saya belanja lah post di sini (selalunya saya post dalam TFS Private Group sahaja). Maaf saya tak berkesempatan nak online sangat sebab sedang dalam proses nak pindah rumah. Barang-barang pun tak siap kemas lagi isk isk. 🙁 OK here we go…

Both pairs nampak jelas nak ke mana next week berdasarkan Time Frame (TF) Daily. EUR/USD Marubozu bearish, next support di 1.0830 atau sampai Big Round Number 1.0800. Kalau break 1.0800, ia dijangka meneruskan terjunannya. Overall trend masih lagi downtrend, jadi tunggu saja lah peluang terbaik utk Sell. Selain itu, EUR/USD dah pun break Low Triangle (bulat putih).

GBP/USD movement lagi jelas dari EUR/USD. Close marubozu bearish, break Lower Trendline + Support 1.4750 (kena zoom out baru nampak). Lihat bulat putih tu. Di Weekly pun dah break Low CRS + bentuk Marubozu, menandakan penurunannya dijangka berterusan. Adalah lebih selamat untuk tunggu peluang entry Sell di TF H4.

AUD/USD pula (tiada dalam gambar), Weekly saiz kecil sahaja. Kalau break Low / High weekly tu, ia dijangka meneruskan perjalanan ke arah yang dia breakout. Apa yg saya lihat, kuat rejection berlaku di 0.7300. Ada kemungkinan ia turun minggu hadapan dan momentumnya akan semakin kuat jika berjaya break Low weekly CS minggu lepas.

Isnin – Selasa market baru nak start pick-up balik setelah bercuti panjang. Ada kemungkinan berlaku retracement terlebih dahulu sebelum perjalanannya diteruskan. TRUST TAYOR sila jaga MM! (TRUST = Trade Rugi Untung Sendiri Tanggung, TAYOR = Trade At Your Own Risk, MM = Money Management).

Sekian terima kasih semoga bermanfaat. Looking forward for a greater 2016 for all of us!

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here