Home Artikel Forex Trading Apa Kaitan Nak Kurus Cepat Dengan Belajar Forex Trading?

Apa Kaitan Nak Kurus Cepat Dengan Belajar Forex Trading?

3254
17
apa-kaitan-nak-kurus-cepat-dengan-belajar-forex-trading-featured

SELAMAT TAHUN BARU 2017!!

Dah set dah azam atau goals untuk “dirembat” tahun ni? Kalau belum, make sure tulis cepat-cepat ya. Mengikut pengalaman sendiri, apa kita nak capai dalam hidup ni kalau kita TULIS DAN SELALU BACA, lama-lama ia akan jadi kenyataan.

Satu lagi, kena spesifik lah apa yang nak dicapai tu yer.

Adakah salah satu azam anda tu NAK KURUSKAN BADAN? Jika ya, ni saya nak cerita…

Dulu berat saya 86KG, sekarang 73KG gitu. Saya mengambil masa 4 bulan untuk mencapai berat badan sekarang. Setengah orang rasa lambat, tapi pada saya ianya cepat lah sebab bila dah “terbiasa” kita tak terasa bebannya. Mula-mula nak menyesuaikan diri tu of coz lah… banyak kali juga rasa nak give-up tu huhuhu…

Apa saya buat? Saya makan pil ajaib ni. Doremon bagi. Kakaka… saja melawak. 😜

Ala, saya buat benda-benda yang biasa orang suruh lah. Jaga makan dan bersenam. Itu saja. 😊 Anda adalah apa anda makan“, right? Lepas tu bersenam 1 jam setengah hampir setiap hari. Buat secara konsisten, makin lama saya makin kurus. Tu je lah…

“APA KAITANNYA DENGAN FOREX TRADING?”

Begini… saya boleh baca segala jenis diet, tengok semua video senaman, TETAPI KALAU SAYA TAK BUAT & AMALKAN, saya tetap tak kurus juga (walaupun coach saya tu The Rock, hehehe…). IF YOU SMELLLLL… WHAT THE ROCK IS COOKING!!!

apa-kaitan-nak-kurus-cepat-dengan-belajar-forex-trading-1

Saya sendiri kena jaga makan & saya sendiri kena buat workout tu semua, sebab yang nak diubah ialah badan saya, kan? Macam tu jugalah dalam forex trading. Bagilah segala ilmu dan tunjuk ajar pun, kalau tak amalkan tak jadi juga. Pengajar bukannya ada duduk sebelah bila kita trade. Kan? Nak kurus ni “self-motivation” kena KUAT GILER! Ye lah, benda tu dalam diri kita yakni badan kita kan. Ini bermakna, kita rajin amalkan dan buat, maka kita dapatlah hasilnya. Forex trading pun macam tu juga.

Saya dah mengajar forex trading agak lama dan adalah normal bila 90% gagal, SEBAB TAK IKUT APA YANG DIAJAR. Paling biasa trader buat, tak jaga Money Management lah. Suruh jaga akaun risk 3% per trade dia pergi bantai 50% per trade. Kalau ikut apa yang diajar, boleh loss 33x baru habis modal. “Ikut suka hati”, 2x je dah lingkup dah. Macam mana nak survive? Ha tu la ikut lagi nafsu tamak ko. Padan muka!

Itu belum lagi cerita tentang tunggu setup baru set entry“. Ko tiap kali bukak MT4 ko pergi balun entry. Tak cukup dengan tu, ko lanyak lagi makan kek lapis. Modal kalau 2 – 3 trillion USD boleh la control market. Ini modal USD100 tapi berlagak dan bertindak macam market tu ko yang punya pulak. Isk isk isk… sampai bila nak sukses kalau gitu?

Tadi saya cakap 90% gagal (atau losers) dalam forex kan? Benda ni bukannya dalam forex trading je. Dalam nak kuruskan badan pun sama juga. Pergi gym, mula-mula semangat la sign-up. Bayar bulan-bulan or yang terlebih excited tu bayar setahun terus, siap ada Personal Trainer (PT) sekali woo! Tapi… baru 2 minggu pergi gym, lepas tu dah tak nampak batang hidung. PT call tak angkat, mesej pun tak reply! Hahaha…

Pernah tengok rancangan The Biggest Loser? Yang realiti TV dari gemuk nak jadi kurus tu lah. 90% mereka yang dah kurus tu dah gemuk balik! KLIK SINI kalau nak baca.

Nak dapatkan result, perlulah berusaha secara konsisten untuk sesuatu tempoh, kan? BENDA NI MAKAN MASA! Janganlah expect dalam seminggu or sebulan dah boleh kawtim market tu. Relax la, take your time. Market takkan tutup lah (kecuali weekends).

Jadi, dah nampak dah persamaan antara usaha nak kuruskan badan & nak berjaya dalam forex trading ni? Ya… ingatlah. Self-motivation kena kuat, dan kena praktikkan ilmu yang betul secara konsisten. Barulah lama-lama kita akan nampak hasilnya. Motivasi tersebut perlu datang dari dalam diri anda sendiri, faktor luaran ni sedikit sahaja yang akan menyumbang kepada kejayaan anda. ANDA PERLU KUAT, JANGAN SESEKALI MENGALAH!

Baiklah, memandangkan anda dah baca sampai sini, sebagai hadiah (cewahhh) saya tunjukkanlah gambar saya dulu VS sekarang. Ini dia…

apa-kaitan-nak-kurus-cepat-dengan-belajar-forex-trading-2

Amacam? Boleh masuk TV tak? Hehehehe… sekian saja dari saya untuk kali ini. Ingatlah pesanan saya tu yer. Semoga 2017 menjadi tahun terbaik buat anda. Aminnn!!!

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

17 COMMENTS

  1. Saya seronok membaca post2 abd lid.kalau masuk je notification dalam email,sy mesti cepat2 baca.terima ksh abg lid.sudi memberi kata kata semangat kepada orang lain.

    P/s : yang paling best tu cerita dah lurus,tetibe kelaut kejap.pas tu sambung perjalanan cerita nya balik.hahaha.memang santai je baca

  2. Mcm mana nk trade? Zero tkder pengalam hbs ni…
    Jadi ke? Boleh untung ke? Mcm tk percaya pun ada….betul ke trade ni? Aduhhhh

  3. mantap mas … jadi penggemar berat neh aku hehehe ( becanda mas) jadi termotivasi deh
    selamat tahun baru !!!

  4. Terimakasih, masih tetap aku dapat pencerahan dr mister Khalid. Dimana pun kapanpun aku ikuti perkembangannya.
    Wassalam. Wr.wb

  5. masta selalu la bagi post yang macam ni ya.. kadang semangat luntur..lepas baca post masta semangat naik balik..huhu..pelik betul la…tolong masta..hahaha

  6. Terima kasih, nasihat yang sangat mahal. perlu praktik secara konsisten utk melihat hasilnya.

  7. Assalamualaikom tn. At Dah Beli set panduan trade. Ada kah D masukkan ahli TFS .minta tn email sy jika Ada apa2 news. Thanks.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here