Terima kasih kerana sudi membaca blogpost ini. 🙂
Entri kali ini kami akan menerangkan kepada anda satu “tragedi” yang ditakuti oleh kesemua forex traders iaitu SLIPPAGE.
“APEKEBENDENYE SLIPPAGE TUH ABANG LID?”
Slippage ialah keadaan di mana harga bergerak melepasi had Stop Loss (SL) yang telah anda set. Lihat contoh rajah di bawah ni.
Kotak biru = harga Entry, kotak pink = harga SL, manakala kotak merah = HARGA SEBENAR position ditutup. Dalam forex trading ni, jika kita dah set SL atau TP (Take Profit), position anda akan automatik ditutup bila harga sampai.
Namun begitu, dalam 2 situasi ni, ia boleh TERLAJAK:
1) Ketika high impact news release, macam NFP atau FOMC interest rate
2) Ketika market open pagi Isnin, dan anda ada floating position
Contohnya macam rajah di atas lah. Lihat USD/JPY tu. Position Sell ni SL nya di 103.50, tetapi position tersebut auto-close di 104.05. Dalam keadaan normal, sepatutnya ia auto-close di 103.50, dan trader tersebut loss 30 pips (103.50 – 103.20, entry price).
Dek kerana slippage, trader tersebut loss 85 pips (103.20 – 104.05) berbanding 30 pips yang beliau set pada mulanya!!! Slippage 55 pips tuh!! Untuk EUR/USD pula slippage nya tidak terlalu besar iaitu 8 pips (SL 1.1065 – 1.1057, actual price).
Slippage boleh bagi jantung trader tenat! Bayangkanlah, trader tu dah kira siap-siap berapa dia akan loss (contohnya 5% dari modal). Sekali bila terkena slippage, habis 15% modal dia. Mau tak tenat emosi kalau jadi gitu? Ada yang lebih malang, terus MC bang!
“GAP SLIPPAGE LAGI PARAH!”
Dalam rajah USD/JPY time frame Daily di bawah, inilah contoh GAP. Kalau anda dah Sell kat bawah tu, tengok-tengok minggu depan harga Open hari Isnin kat atas, memang masakkk! Kes macam ni confirm kena slippage. 🙁
“BROKER JAHAT! YE KE?”
Untuk pengetahuan anda, slippage ni jadi dekat SL je tau. Kat TP takkan jadi slippage tu. Dia gini… bila market open pagi Isnin, dan post anda loss, anda akan loss pada harga OPEN. So, anda set lah SL kat mana pun, broker akan close pada harga Open Isnin tu.
Tapi kan, kalau TP plak, lain citer nye. Katakan dalam situasi macam gambar atas tu, anda Buy sebelum weekend, so Isnin tu anda akan profit, kan? Tapi broker akan close SETAKAT TP ANDA SAHAJA. Mereka tak akan close di Open tu.
Kalau loss, loss kat Open. Kalau profit, profit kat TP je. Jahat kah broker dengan syarat sebegitu? Hahaha… pada saya TIDAK lah. Broker dah bagi syarat tu dalam Terms & Conditions masa kita buka akaun. Jadi, kita tak boleh nak salahkan mereka lah. Kita juga yang setuju ye tak? Huhuhu… tapi don’t worry, kita boleh elak tragedi ni. 😉
“HABIS TU APA BOLEH KITA BUAT ABANG LID? ADA TIPS TAK?”
Huih, giler takde tips. Ini abang Lid lah! Pernah ke abang Lid tak share tips kat sini? 😛
Tips nya ialah sila close position anda SEBELUM market ditutup hari Sabtu sekitar jam 5 pagi (waktu Malaysia). Ini bagi mengelakkan position anda terkena gap, terutamanya jika ada big news pada minggu hadapannya (Forex Factory kena check setiap hari sebelum trade yer). Macam contoh 3 positions yang loss tu, cuba tengok tarikhnya. Ia berlaku 2 hari sebelum US Presidential Elections minggu lepas.
Satu lagi, elakkan news trading! Waktu news trading lah ramai kena slippage.
So, next time kalau tahu ada high impact news pada minggu berikutnya, elok close position anda sebelum market close hujung minggu, dan elakkan trade news ya. 🙂
NAK BELAJAR LEBIH BANYAK ILMU-ILMU POWER SECARA LIVE? KLIK SINI
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda okeh! 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
HELLO NAK TANYA SIKIT TUAN KHALID,
saya selalunya banyak dapat popit dari isnin hingga rabu …
tapi bila masuk khamis ….banyak loss dari popit ..
kenapa jadi begitu ya …
adakah khamis&jumaat banyak false signal ?
boleh tuan khalid share di blog sebab ini?
kami dah balas email tuan ya. jawapannya, rabu – jumaat market lagi aktif so profit lagi mudah dijana sbb market lebih stabil / trending. isnin – selasa selalunya counter trend. boleh juga trade tapi profit tak banyak lah. terima kasih
Ilmu forex dan tip yang sangat bagus tuan.
Assalamualaikum Tuan Khalid,
Dalam mendidik anda pandai juga berjenaka ya. Baek ah.
Btw saya nk tanya, pemahaman apa yang kita perlu ada untok elak diperdaya bila price reverse setelah ianya cantik ikut our way?
W’salam. Haha tq tuan. pemahaman trend + bentuk candlestick. supaya kita dapat exit tepat pada masanya
Betul,sebb sy dh kena……mc byk kali hari isnin.
hi sifu,
Kalau ikut pengalaman sifu, bila hari hari yg sesuai untuk trade dan masa tertentu?Is it hari jummaat wise to trade sifu atau see the market condition?
dalam TFS ada diterangkan panjang lebar tuan. panjang kalau nak explain dalam ruang yang terhad ni 🙂
Terima kasih diatas perkongsian tuan admin dalam bab ni. Baru saya tahu psal ni, tq tuan admin.. Kumpul dana ni tuk buy buku… Gud luck tuan..
thanks tuan all the best 🙂
Memang ramai yang tak tahu situasi ini,
Terimakasih tuan.
terima kasih sifu.. info yang sangat berguna..
kadang2 pikir tak nak close position sblm market close sbb tak capai TP lg tapi bila pikir ada gap or slippage pd hari isninnya better close daripada menanggung rugi yg byk, yg penting jangan tamak dan jaga MM.
tq sudi baca 🙂
Terima kasih untuk info ini tuan.
Terima kasih tuan Khalid, info n tips yg sgt berguna..
Terima kasih tuan. Ilmu yg sgt berguna.
Terima kasih atas ilmu nya khalid hamid…
Terima kasih tuan Khalid, info n tips yg sgt berguna..
Benar tuan, saya pernah kena …malahan bukan setakat mc je.. malah sampai jadi negative(-) usd25 dikerjakannya masa saya cuba trade masa news NFC dulu..Terima kasih tuan Khalid, info n tips yg sgt berguna..
Soalannya; bila berlaku begini(- usd25) sayapun dah tak trade lagi kat ac berkenaan..buka ac baru pula…Apakah broker akan cari kita sampai kerumah untuk tuntut semula hutang kita tu???
tidak tuan. jangan deposit. tunggu sampai balance jadi 0 baru deposit. kalau tuan deposit lagi, dia akan off-set -ve balance tersebut. cth tuan depo usd100, nanti dlm akaun jadi usd75 je sbb tolak hutang usd25 tu. terima kasih
bila balance tu akan jadi kosong tuan khalid… masuk bulan baru ke..
tidak tuan. selang beberapa hari dia jadi kosong lah. atau boleh request kpd broker utk reset jadi 0 semula ya. tq
Tq
tq
Tq
Asslmu’alkm Tuan,
Terimakasih segala info yg dikongsi buat masa saya lum dpt kongsi dgn rakan lain kerna mereka xminat,Tq
Terimakasih tuan info yg sangat berguna
Baru laa aku tau news boley buat loss money …
iya betul tu
[…] boleh ke “pasti” dalam forex ni? Bila trade “confirm” profit ke? Hahaha… tak lah. Bukan macam tu. Apa yang saya nak tekankan ialah dari segi money […]