Saya rasa ni first time saya tengok drama Melayu watak dia buat bisnes forex. Tajuk cerita Surah Buat Maisarah, Rabu – Jumaat pukul 9-10 malam di TV3.
.
Fikri (lakonan Beego) ni suami yang takde duit. Dia suruh bini dia mintak duit bapak dia (kiranya bapak mertua Fikri lah) RM30k untuk buat bisnes. Bapak mertua dia takde duit. Dia mengamuk, pastu couple dengan Sarah (lakonan Syatilla Melvin) sebab nak mengharapkan duit dari gadis tersebut. Sarah ni anak orang kaya yang perangai dia menjengkelkan. Sarah tanya Fikri “you nak buat bisnes apa?” lalu Fikri pun jawab…
.
“I NAK BUAT BISNES FOREX”.
.
Fikri ni ajak Sarah kahwin tapi Sarah ni tak nak bermadu. Sarah cakap bukan takat 30k, 300k pun dia boleh bagi kalau dia sanggup lepaskan isteri pertama dia. Fuhhhhh…
.
Knowing Malay drama, saya rasa lah, Fikri ni nanti melingkup. Lepas tu hidup dia porak peranda. Dua-dua wanita tu tinggalkan dia. Last-last dia tak dapat pape.
.
Itu jangkaan saya sahaja lah… banyak lagi episodnya tu hahaha…
.
Cuma, saya nak berpesan kepada masyarakat di luar sana, forex bukannya bagi duit pada orang lepas tu duduk goyang kaki dapat duit. Forex juga bukan bisnes yang kena cari downline. Forex ni “trading”. Kena buat sendiri baru lah tak kena scam (dengan syarat pilih broker yang betul).
.
Saya ni tiap-tiap hari orang PM mengadu kena tipu sana sini. Paling terkini, ada penganjur bagi alasan bodoh tak bagi peserta tamatkan program iaitu…
.
“Sekarang ekonomi tak menentu jadi broker tak bagi withdraw”
.
Hahahaha, total BS! Tapi, apa boleh buat. Dah kena kencing kan. Telan je lah, jadikan pengajaran. Beringatlah sebelum kena ya (Y)
.
Sila LIKE & SHARE post ni sebagai tanda sokongan sesama forex traders 🙂😀
.
P/S – Harap-harap good ending lah buat Fikri yang buat forex tu. Anyway, ini mungkin petanda bahawa forex trading semakin diterima dalam masyarakat kita. Huhuhu…
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.TFSPRICEACTION.com
01 OGOS 2016