Home Artikel Forex Trading Elak Traffic Jam Dengan Kerja Dari Rumah Macam Forex Trading

Elak Traffic Jam Dengan Kerja Dari Rumah Macam Forex Trading

1148
5
elak-traffic-jam-dengan-kerja-dari-rumah-macam-forex-trading

Pagi Jumaat lepas saya “terpaksa” meredah kesesakan lalulintas. Bukan nak ke pejabat (kerana saya buat bisnes dari rumah), tapi kerana nak menjadi pelanggan terawal hari ini ke Jovian Mandagie J-Boxing Day di Bangsar. Hehehe…

Tengok jam di dashboard kereta saya tu. Ia menunjukkan pukul 6.56 pagi. Time time macam ni dah jem giler dekat Jalan Duta nak menghala ke Bangsar. Perjalanan yang selalunya mengambil masa 20 minit dari rumah saya telah bertukar menjadi lebih 1 jam. Aduh aduh aduh… tak sangka pagi-pagi buta lagi jalan dah jem macam ni. πŸ™

ANDA AKAN MENEMPUH TRAFFIC JAM SEUMUR HIDUP ANDA. MASALAH TRAFFIC JAM TAK AKAN ADA KESUDAHANNYA. TAHU TAK KENAPA?

1) Projek melebarkan jalan raya kerajaan buat berapa tahun sekali je. Tu pun ada limit. Once buffer dah diratakan maka dah maksimum habis dah jalan tu. Nak buat lebuhraya bertingkat kang makan masa pulak nak siap. Kos nya pun bukan murah.

2) Katalah nak buat jalan bertingkat makan masa 3 tahun. Dalam masa 3 tahun, terdapat 1.5 juta kenderaan baru didaftarkan (kira-kira 500,000 unit kereta didaftarkan setiap tahun). Yang pakai kereta umur 25 tahun, sampai umur 55 tahun dia akan pakai kereta. Jadi, sepanjang 30 tahun dia pakai kereta tu, dah berapa dah pertambahan bilangan kereta atas jalanraya tu termasuk dengan kereta dia + isteri dia + anak-anak dia? Sebab tu lah kalau besarkan jalan pun ia tetap akan jammed. Contoh terbaik ialah Jalan Genting Klang sebab saya ulang-alik lalu situ selama 2 tahun (naik motor). Hahaha… πŸ˜€

3) Sekarang dah tak macam dulu. Saya kerja 2 tahun baru dapat beli kereta masa umur 25. Sekarang, budak-budak sekolah pun dah ada kereta. Yang umur 12 tahun cemerlang UPSR mak bapak bagi mini cooper pun ada siap masuk paper lagi! Satu rumah ada 2 – 3 biji kereta tu normal. Mana lah jalan tak jem ye tak? Nak parking kat rumah pun susah πŸ™

Jadi, apa penyelesaian masalah traffic jam ni di peringkat individu? (peringkat kerajaan tu tak yah cerita la. bukan kita boleh control pun apa kerajaan nak buat). Jawapannya…

ELAKKAN DARIPADA MENGGUNAKAN JALANRAYA WAKTU PEAK HOURS!

Jem ni sebab orang nak pergi kerja kan. Waktu malam mana ada jem. So, tak yah la pergi kerja. Cari la bisnes atau peluang buat duit dari rumah (contoh: KLIK SINI). Kalau anda naik motor pun sangkut jem gak. Nak naik public transport pulak jem dengan orang. Elakkanlah kehidupan tipikal. Be extraordinary. Orang bersesak-sesak pergi kerja, anda lepak kat rumah duduk dalam selimut tengok TV. Amacam? Atau satu lagi cara, pindahlah bekerja di lokasi yang kurang sesak atau yang berhampiran dengan rumah anda. πŸ™‚

Saya mengambil masa 3 tahun untuk capai level sekarang. Mulakanlah sesuatu. Ia tidak akan datang sekelip mata tapi dengan usaha berterusan ia pasti boleh dicapai.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips buat duit yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
www.KayaMuda.com

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here