Bermula 1 Julai yang lalu, saya telah diarah untuk membayar GST (cukai barangan & perkhidmatan). Maknanya dah genap sebulan lah. Ini bermakna keuntungan syarikat saya telah berkurangan sebanyak 6% (kerana buat masa ni harga TFS belum dinaikkan). Dalam bahasa mudah, saya kini menjadi ejen kutip cukai untuk kerajaan. Income tax still kena bayar yer. 😓😭
.
Ramai peniaga akan naikkan harga jualan mereka sebanyak 6% untuk cover GST ni. Pada mereka, tak ada untung nya pun. Ye lah, kena bayar 6%, naik harga 6% juga. So, peniaga tak untung pun dengan adanya GST ni. 😓
.
Rugi lagi ada lah. Tau pasal apa? Sebab customer semua lari kat peniaga yg tak caj GST. Harga lagi murah kan. Lagipun GST ni dah macam hantu dah. Dengar je GST semua orang lari. Kan? So, peniaga takde apa2 benefit pun dari GST nih. 😔
.
Apa? Output VS Input tax? Hahaha. Tu gula-gula untuk peniaga je tuh 😈Realitinya, GST yang kita caj pelanggan jauh lebih tinggi dari yang kita bayar. Contoh, kita caj GST untuk produk kosmetik bernilai RM100.00 sebanyak RM6.00. Kos bayar kat kilang RM10.60 (GST RM0.60). So, net still kena bayar RM5.40. Senang citer, input tax tak banyak pun. Sikit sangat berbanding yang perlu dibayar peniaga. Akauntan sendiri yang bagitahu saya.
.
Bagaimana pula dengan pengguna? Pada saya, pengguna lah PALING MALANG. Dulu, hanya yg layak sahaja kena bayar cukai. Sekarang, SEMUA ORANG KENA! Pada saya ia sesuatu yang kejam. Income tax kena, GST kena lagi. Come on lah, banyak lagi cukai lain kita dah bayar kot. Cukai jalan, duti barang import (kereta terutamanya), duti hiburan (tengok wayang), cukai pintu, cukai tanah, eh macam2 lagi lah.
.
Duit-duit yang dikutip ni pun boleh tahan yg diseleweng. Itu pun yg kita tahu. Yg kita tak tahu? 😒
.
HABIS TU NAK GST LAGI BUAT APA?! 😤😡
.
Owh, untuk pembangunan negara? Untuk kesejahteraan rakyat? Sudah lah… Ramai pekerja kerajaan bagitahu saya bajet jabatan kena potong di sana sini. Mintak peruntukan itu ini semua tak dapat. Kata GST setahun dah kutip puluhan billion. Kenapa tak disalurkan?
.
Kos sara hidup pun makin lama makin naik. Tol naik sampai 80%. Yang naik public transport tak payah la happy sangat, sebab tambangnya pun dah dinaikkan. Tambang ERL dihentak kaw-kaw. Barang asas makanan seperti gula pun naik. Tambang bas naik. Harga ayam, ikan, daging dan banyak lagi semua naik! Asal raya saja media boleh repeat skrip menteri yg sama setiap tahun “kita akan kawal harga barang ketika musim perayaan”. End up harga naik gak. Kat Terengganu hari tu harga ayam naik sampai sampai RM15 sekilo. Gilooo!! 😱
.
Jadi, siapa yang untung sebenarnya bila ada GST? 😏
.
Peniaga tak dapat apa-apa. Pengguna pun sama. Jabatan kerajaan pun sama. Sooo?
.
JAWAPAN: Mereka yang “pegang” duit kerajaan & ada kuasa untuk menggunakannya.
.
Setuju? 😏
.
Mungkin ada yg akan bagi alasan “bajet 2016 diumum Oktober 2015, so duit GST yg bermula 1 April belum diambilkira lagi”. So, takpe. Kita tunggu bajet 2017 Oktober ni pula. Mari kita lihat, siapa yang kena muahahahahaaaa 😈
.
Kesimpulan yg saya nak sampaikan ialah, kita semua merasa kesan GST ni. Peniaga tak dapat apa2 pun. Cakap-cakap menteri (yg dah pun ditendang) bahawa GST akan menurunkan harga barang @ tiada perubahan adalah BS sahaja. 😤😡
.
Nak batalkan GST kita tak ada kuasa. Nak tukar kerajaan lambat lagi. Hanya ada 1 cara saja, iaitu anda perlu tingkatkan pendapatan lebih “laju” daripada kenaikan kos sara hidup.
.
There are things you can change, but there are some you can’t. Finding extra income is something within your control, so start do it now 💪🏻
.
Silakan SHARE / TAG rakan-rakan jika mahu. Semoga bermanfaat 👍🏻
.
P/S – Nak tau berapa saya bayar cukai bulan Julai 2016 yg lepas? Baca komen pertama 😁
.
.
Your friendly neighborhood, SPIDER-MAN
01 OGOS 2016
www.TFSPRICEACTION.com
www.KayaMuda.com
BETUL TU TUAN,SEMUA CAKAP TUAN BETUL.KESAN DARI GST SEMUA NYA KENA.YANG UNTONG YANG ADA KUASA,BELANJA DUIT.