Wow tak sangka mereka luluskan. Sebelum ni request untuk TEKNIK FOREX SEBENAR tapi awal-awal dah kena reject. Now branding baru TFS PRICE ACTION TRADING diluluskan pula. Syukur. 🤲🏻
Lepas selesai semuanya, boleh dah guna simbol ® tu (skrg guna TM). 👍👍
Setiap hasil kerja original anda, pastikan anda daftarkan copyright (hak cipta) atau trademark (tanda dagang). One day if nak jual bisnes, mungkin ada value “intangible asset” di situ.
Tujuan utama daftar MYIPO selain melindungi + mengesahkan keempunyaan ciptaan kita, ia juga sebagai tanda “we are serious about our business”. Kami bukan bisnes main2 ☝🏻 Tax bayar, every year buat financial reporting, kena audit dll.
KENAPA TUKAR BRANDING KEPADA TFS PRICE ACTION TRADING?
Tak pasti saya pernah cerita ke tak. So saya ceritakan sedikit di sini.
Saya nak buang perkataan “forex” kerana apa yang diajar boleh apply untuk semua market. Brand mungkin kedengaran panjang (TFS PRICE ACTION TRADING), tapi yang penting ia JELAS. Saya mengambil inspirasi daripada signboard kedai, di mana ia jelas.
CONTOH: Kedai Basikal Muthu. Anda tentu tahu dia jual apa kan?
So dengan brand baru ia jelas iaitu pasal “trading” dan “price action” merupakan strategi/teknik yang diajarkan. Namun nak letak “price action trading” sahaja terlalu umum dan banyak pengajar di dunia dah pakai.
So memandangkan TEKNIK FOREX SEBENAR dah sinonim dengan market di Malaysia/Brunei/Singapura/Indonesia, saya kekalkan “TFS”. Dengan itu, ia menjadi satu brand yang mengekalkan “reputasi” lama, tetapi menjangkau market yang lebih besar (tidak fokus kpd FX sahaja).
Kalau ditanya “TFS tu apa”, saya jawab Total Forex Strategy atau Total Financial market Strategy je. 😅😂
Biru gelap melambangkan kepakaran, ketenangan, kebijaksanaan dan ketepatan, iaitu sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap trader. Setuju? 😉
KENAPA LOGO PEMANAH DIPILIH?
TFSPAT mengajarkan teknik “tradisional” yang dah beratus tahun digunakan. Sniper belum wujud lagi masa tu. Pemanah @ archer juga memerlukan lebih kekuatan, berbanding sniper yang hanya memetik picu pistol. Memanah kos lebih rendah dari sniper, melambangkan yuran kami yang berpatutan dengan ilmu yang disampaikan.
Pemanah juga dipilih sebab saya peminat tegar TV series Arrow (Oliver Queen) 😂
TFS = KHALID, tapi dengan TFSPAT saya nak orang lebih nampak brand itu berbanding diri saya. Usaha branding ini adalah hasil usaha gigih designer kami iaitu Fred yang bertungkus-lumus menghasilkan logo berperspektif “pandang ke hadapan”.
Alhamdulillah penerimaan brand baru ni sangat2 baik. Saya pun tak terikat dengan market FX sahaja. Kalau nak ajar market lain pula lepas ni, saya tak perlu nak buat branding/website/sistem lain dah. 👍🏻👍🏻
TAGLINE PULA MACAM MANA?
“Panduan Lengkap Trade Cara Pro” adalah 5 perkataan keramat yang dipilih untuk tagline kami. Ada 4 elemen, iaitu Panduan–Lengkap–Trade–Cara Pro. Sekali baca, orang dah tahu apa content & objektif TFSPAT. Saya menyenaraikan hampir 50 tagline sebelum dapat idea tagline ni (salah satunya ialah “profit sakan dengan TFSPAT” 😂). The best part ialah, again, tagline ni sesuai untuk semua jenis market.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari identiti / branding bisnes anda. Harapnya dah jadi ® nanti semakin utuh reputasi, kredibiliti dan kepercayaan traders terhadap kami.
Terima kasih atas sokongan anda semua. I really appreciate it. 🙏🏻🙇🏻♂️
KHALID HAMID @ MK (Mr Khalid) @ ABANGLID
Pengasas TEKNIK FOREX SEBENAR (2011-2018) & TFS PRICE ACTION TRADING (2018 onwards)
“Panduan Lengkap Trade Cara Pro”
www.TFSPRICEACTION.com
P/S – Saya sebolehnya nak sorok muka & ketengahkan brand sebagai identiti syarikat. Tapi ramai “usahawan” suka letak muka mereka besar2 kat billboard tepi highway. 😅
Ide briliant, sebaiknya, buku diterbitkan dan dijual di toko toko buku sampai ke Indonesia, seperti di Toko buku Gramedia, insyaallah bsnyak orang yg akn membelinya.
iya pak kami bisa hantar hingga ke Indonesia 🙂
Saya penggemar setia bang Khakid dan selalu menunggu panduan terbaru di yuotube, penjelasan yang disampaikan sangat simpel dan mudah dipahami, makanya saya koleksi youtube dari tfs tersebut. Saya sangat ingin sekali menimba ilmu trading dari panduan tersebut, tapi maksud belum kesampaian
tq afrizal. tahun ni kami akan buat lagi baaaaanyak video orait
Terbaik bos ku
tq bob!
Terbaik sgt video2 dlm youtube tu… Tpi nk tanya.. Boleh tak sy nk bli tfspat tu melalui ebook jer… Tknak buku… Mesti murah sikit kan sbb tolak pos ape semua…
TQ TQ TQ. tiada dah versi ebook @ digital. ini utk elak masalah cetak rompak yg berleluasa sebelum ini. 😀
Memang sangat awesome panduan ni dan penerangan daripada sifu yang jelas yang mana takkan dapat daripada mana-mana tempat.
allahuakbar tq tuan Shamsuriza atas komen tuan 🙂
Alhamdulillah…dgn TFSPAT sy lbh kenal apa itu forex. Terbaik Tuan MK
tq boss faizal!
Terima kasih Tuan Khalid atas ilmu dan tunjuk ajar Tuan…dengan memahami TFS Price Action Trading barulah saya dapat merasai kemanisan withdrawal yang sebenar!…Syukur Alhamdulillah dan jutaan terima kasih tuan. Terbaik!
alhamdulillah tuan nizam. keep it up & tq for ur support!
Tahniah, terbaik MK
tq tuan
Buku TFS Price Action Trading sangat bermanfaat. Boleh dikira ilmu yang diajar itu ilmu rukun@pure basic. Dengan brand ini, MK didoakan dapat terus membimbing newbie ke hadapan.
wow tqvm atas sokongan tuan 🙂
thanks master, sy bnyak dpt ilmu dari yute y MK post di sna selain sya pernah melanggan TFS V6 yg lalu
welcome & thanks for ur support 🙂
Semoga bermanfaat untuk kita semua…Insya Allah
Thank you for your support tuan!
[…] tonton video pertama TFS Price Action Trading untuk tahun 2019. Pelajari cara mengenal perubahan trend, confluence BRN dan banyak lagi ilmu lain […]
[…] saya menyampaikan ilmu trading (melalui ebook, video tutorial, buku, artikel dan banyak lagi) dalam TFS PRICE ACTION TRADING (TFSPAT). Dulu, saya ada ceritakan dalam ebook TFS (Teknik Forex Sebenar) bagaimana saya boleh […]
salam.macamana sy nk dptkan buku tfs pat?sy adabyg edisi lama je
salam tuan boleh ke sini ya http://www.tfspriceaction.com