Home Analisis Teknikal Forex Kenapa Anda Kena Tengok Forex Chart Broker Forex Ini Sahaja

Kenapa Anda Kena Tengok Forex Chart Broker Forex Ini Sahaja

9076
34

Dalam forex trading atau apa jenis trading sekalipun, anda mesti tahu baca PETA atau MAP. Peta yang dimaksudkan ialah CHART atau GRAF.

Masalahnya, setiap broker forex (ada ratusan broker dalam forex ni) mempunyai chart yang berbeza-beza bentuknya. Ini disebabkan oleh waktu mereka beroperasi tidak sama. Macam kedai lah. Ada yang buka 9 pagi, ada yang buka 10 pagi, macam tu juga lah broker ni… Sebab tu penting untuk anda rujuk chart yang betul.

Kalau rujuk “peta” yang salah, menanggung derita lah jawabnya ๐Ÿ™ Ibaratnya, anda nak meronda kat Singapore, tapi tengok peta Brunei. Mestilah anda akan sesat kan?

CHART BROKER FOREX TERBAIK UNTUK RUJUKAN?

Macam-macam broker kami dah pernah cuba. Kami dapati, Chart Broker FxCitizen adalah yang paling tepat menggambarkan keadaan market. Cuba rujuk contoh perbezaan chart FxCitizen dengan Broker I di bawah ni:

kenapa-anda-kena-tengok-forex-chart-broker-forex-ini-sahaja-2

Kalau anda tengok chart FxCitizen, boleh nampak Candlestick dalam kotak putih tersebut dikenali sebagai Candlestick Pinbar (tanda harga nak naik). Ianya sangat berkuasa. Lihat rajah tersebut, selepas terbentuknya Pinbar, harga naik tinggi kan? Ia boleh memberitahu kita yang harga nak bertukar arah jadi kita boleh set entry seawal yang mungkin. Bukankah itu yang semua trader mahu? ๐Ÿ™‚

Jika anda tengok chart Broker I pula, bentuk dalam kotak putih menandakan harga nak turun (Bearish Marubozu), TETAPI SELEPAS ITU HARGA NAIK TINGGI MELANGIT!! Kalau anda Sell, anda dah merana dah tu. Sebab itulah, chart broker lain sukar nak nampak halatuju price nak ke mana.

Ia tidak seperti FxCitizen. Pattern Candlesticks berbeza antara satu broker dengan yang lain kerana perbezaan Market Watch (kotak merah di atas) atau waktu mereka “buka kedai”. Dalam chart FxCitizen kita akan lebih mudah nampak tanda-tanda reversal dan halatuju price berbanding broker-broker lain.

“KALAU REAL ACCOUNT SAYA GUNA BROKER LAIN BAGAIMANA? KENA BUKA REAL ACCOUNT FxCitizen JUGA KE?”

Tak perlu pun, boleh je terus gunakan broker tersebut. Anda kena buka 2 platform lah. Satu untuk tengok peta (analisis pada chart demo account FxCitizen) dan satu lagi untuk trade (enter position menggunakan real account anda). Ia boleh dilakukan, kerana seperti yang ditunjukkan dalam kotak pinkย di atas, beza harga antara satu broker dengan yang lain tidaklah jauh berbeza. Hanya 1 – 2 pips sahaja ๐Ÿ™‚

Kalau nak lagi senang, buka lah terus akaun FX Citizen dengan kami. Tak payah buka sampai 2 platform. Gunakan 1 platorm sahaja untuk ANALISIS + TRADE sekaligus.

Apa macam? Dah nampak sekarang betapa pentingnya melihat kepada “peta” yang betul? Jangan salah tengok peta lagi lepas ni ya ๐Ÿ˜‰

=============================================
MAHUKAN LEBIH BANYAK TIPS-TIPS YANG GEMPAK DAN DAHSYAT?
=============================================

Terlalu banyak tips-tips tentang forex trading yang kami kongsikan dalamย TEKNIK FOREX SEBENAR.ย Penggunaan chart yang betul hanyalah satu daripada puluhan tips yang ada di dalamnya. Tersangatlah rugi jika anda tidak mendapatkannya.

Sekiranya anda mahukan info lanjut, KLIK SINI SEGERA

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan traders anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer ๐Ÿ™‚

Yang Ikhlasโ€ฆ

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

34 COMMENTS

  1. Salam, saya ingin tau lebih lanjut tentang teknik forex sebenarya,Dan saya sang at berminat utk menjana income seperti En Khalid .Saya nk bermula dari A sampai Z inyasallah . Tq Dari Rosalinda, JB.

  2. Assalammualaikum Tuan Khalid…
    Sejak beli buku pada 07/05/16… saya dh baca bekali2 dan tengok Video berkali2… sambil baca buku, sambil tengok Video & buat kajian mengguna kan SNR dan CRS… tapi sayang nya tak tahu nak rujuk kat siapa apa yang saya kaji… broker saya mengguna kan banyak cacing2 yg mcm Tuan Khalid sebut kan tu…tapi saya hanya mengguna kan CS sahaja yang mcm di ajar dlm TFS… so saya tak boleh nak rujuk pada broker saya & saya harap saya dapat di masukan ke dlm group Analysis untuk belajar lebih mendalam tentang Forex di TFS… terima kasih…

    • Salam tuan Hafiz. Sila rujuk Buku II untuk arahan join group ya. Dalam tu ada analisis harian yang dikongsikan. Terima kasih ๐Ÿ™‚

  3. Salam Bapak Khalid. saya seorang pemula dari indonesia. baru belajar menggunakan akun demo saja. pantas saja saya selalu salah dalam ambil posisi padahal sudah mengikut teknik yang diberikan dalam ebook percuma dan menonton video2 Bapak di youtube. ternyata saya salah menggunakan broker. setelah membaca artikel diatas saya baru mengerti kalau ternyata bentuk candle tiap2 broker berbeda. terima kasih banyak Bapak Khalid. artikel bapak telah banyak mambantu saya

  4. Terima kasih tuan..tuan betul2 ikhlas orangnya…semoga rezeki tuan akan bertambah2 lagi hendaknya…amminn..

  5. alhamdulillah,Terimakasih Tuan atas nasihatnya maaf sebenarnya saya lum lg tengok mana2 peta maaf saya masih meraba mana cara nk mula belajar forex,ni buat masa skrng saya lum sempat nk dusuk dpn PC.Tq

  6. salam tuan MK
    skrg ni saya trade guna tf broker xxx dan bukannya fxcitizen dan saya buat analisis guna tffxcitizen…serius saya cakap memang kelam kabut sebab situasi ini.
    pada asalnya saya nak register depo kat fxc tapi xberjaya sebab kesilapan kecil ( ib fxc yang saya rujuk x berapa mesra alam hehehe atau mungkin saya salah ib kot haha..)
    Just needed some guide
    tq…peace no war

    • salam. rilek tuan. download panduan kami sediakan ye. A-Z ada cara2 dari buka akaun sampai depo & withdraw. juz klik je banner yg ada kat atas sekali tu yer ๐Ÿ™‚

    • boleh tuan. download panduan percuma di bahagian atas sekali atau sebelah kanan blog ni ya ๐Ÿ™‚

  7. Terima kasih tuan khalid, sedikit sebanyak saya dah dpt Hasilnya walaupun dengan “Standard Micro” sahaja, mengikut drpd ajaran Tuan khalid saya dah berupaya sedikit sebanyak mendapat sebnyak $9.93 daripada 0.87357 dan T/P 0.88320 seterusnya dalam 127.977 dan T/P 128.429 dengan 0.50 p/lot malangnya micro lot sahaja tuan

    1st profit: 9.93
    2nd profit: 12.94
    3rd profit 4.95
    dan seterusnya masih dlam keadaan trading.

    Saya berharap dapat terus belajar sedikit sebanyak walaupun dengan percuma sahaja.

    Satu hari nnt sy akan beli buku tuan dan belajar teknik yang lainยฒ pula…

    Terima kasih
    Tuan khalid.
    TFS Terbaik!

  8. Assalam Tuan Khalid,
    sy ucapkan ribuan terima kasih ats tips2 yg tuan hulurkan tentang teknik2 forex sebenar, sy sentiasa mengikuti perkembangan ilmu forex sebenar dr tuan. InsyaAllah sy akn miliki ebook teknik forex sebenar
    dlm masa yg terdekat utk mendalami ilmu forex sedalam dlm nya seperti tuan dn broker pilihan sy insyaAllah fxcitizen yg tuan anjurkan…wsm

  9. betul..betul…betul sangatlah bg lid… tapi sy tinggal di jambi macammane pula mau deposit dan wd nye tolong pencerahannya bg…he..he…he…

  10. Salam memang betul saya selalu merujuk kepada Forexsignal dan Ring Signal, yg kadang betul dan kadang2 meragukan atau lambat menerima sebelum ia closed. Saya nak cuba chart broker Fxcitizen ni.

  11. Salam, saya bekerja di company consultant service utk forex investment ni. So maksudnya company saya ni ejen broker ke ataupun bukan? And company saya bekerja mereka tgk graf menggunakan netdania. Netdania boleh diguna pakai ke graf dia?

  12. Assalamu Alaikum tuan KH.. Sy sdh buka demo akun di FX Citizen… adakah Sy dpt berlangganan signal dr TFS..? jika ada bgmn caranye?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here