Home Belajar Forex Latar Belakang & Maksud Logo TFS Price Action Trading

Latar Belakang & Maksud Logo TFS Price Action Trading

638
2
latar-belakang-maksud-logo-tfs-price-action-trading

Dulu, TFS PRICE ACTION TRADING (TFSPAT) dikenali sebagai TEKNIK FOREX SEBENAR (TFS). Lama juga, iaitu 7 tahun dari 2011 – 2018. Dulu logo emblem bulat, tetapi sekarang dah ditukar kepada logo memaparkan seorang pemanah sedang membidik sejak 2018.

Kenapa tukar brand kepada TFS PRICE ACTION TRADING?

Tak pasti saya pernah cerita ke tak. So saya ceritakan sedikit di sini.

jenama-tfs-price-action-trading-brand-logo-tagline-social-media-url

Saya nak buang perkataan “forex” kerana apa yang diajar boleh apply untuk semua market. Brand mungkin kedengaran panjang (TFS PRICE ACTION TRADING), tapi yang penting ia JELAS. Saya mengambil inspirasi daripada signboard kedai, di mana ia jelas.

CONTOH: Kedai Basikal Muthu. Anda tentu tahu dia jual apa kan?

So dengan brand baru ia jelas iaitu pasal “trading” dan “price action” merupakan strategi/teknik yang diajarkan. Namun nak letak “price action trading” sahaja terlalu umum dan banyak pengajar di dunia dah pakai.

So memandangkan TEKNIK FOREX SEBENAR dah sinonim dengan market di Malaysia/Brunei/Singapura/Indonesia, saya kekalkan “TFS”. Dengan itu, ia menjadi satu brand yang mengekalkan “reputasi” lama, tetapi menjangkau market yang lebih besar (tidak fokus kpd FX sahaja).

Kalau ditanya “TFS tu apa”, saya jawab Total Forex Strategy atau Total Financial market Strategy je. 😅😂

Biru gelap melambangkan kepakaran, ketenangan, kebijaksanaan dan ketepatan, iaitu sifat-sifat yang perlu ada dalam setiap trader. Setuju? 😉

Kenapa logo pemanah dipilih?

TFSPAT mengajarkan teknik “tradisional” yang dah beratus tahun digunakan. Sniper belum wujud lagi masa tu. Pemanah @ archer juga memerlukan lebih kekuatan, berbanding sniper yang hanya memetik picu pistol. Memanah kos lebih rendah dari sniper, melambangkan yuran kami yang berpatutan dengan ilmu yang disampaikan.

Pemanah juga dipilih sebab saya peminat tegar TV series Arrow (Oliver Queen) 😂

jenama-tfs-price-action-trading-berjaya-dapat-trade-mark-arrow

TFS = KHALID, tapi dengan TFSPAT saya nak orang lebih nampak brand itu berbanding diri saya. Usaha branding ini adalah hasil usaha gigih designer kami iaitu Fred yang bertungkus-lumus menghasilkan logo berperspektif “pandang ke hadapan”.

Alhamdulillah penerimaan brand baru ni sangat2 baik. Saya pun tak terikat dengan market FX sahaja. Kalau nak ajar market lain pula lepas ni, saya tak perlu nak buat branding/website/sistem lain dah. 👍🏻👍🏻

Tagline pula macam mana? Apa cerita?

“Panduan Lengkap Trade Cara Pro” adalah 5 perkataan keramat yang dipilih untuk tagline kami. Ada 4 elemen, iaitu Panduan–Lengkap–Trade–Cara Pro. Sekali baca, orang dah tahu apa content & objektif TFSPAT. Saya menyenaraikan hampir 50 tagline sebelum dapat idea tagline ni (salah satunya ialah “profit sakan dengan TFSPAT” 😂). The best part ialah, again, tagline ni sesuai untuk semua jenis market.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari identiti / branding bisnes anda. Harapnya dah jadi ® nanti semakin utuh reputasi, kredibiliti dan kepercayaan traders terhadap kami.

Terima kasih atas sokongan anda semua. I really appreciate it. 🙏🏻🙇🏻‍♂️

KHALID HAMID @ MK (Mr Khalid) @ ABANGLID
Pengasas TEKNIK FOREX SEBENAR (2011-2018) & TFS PRICE ACTION TRADING (2018 onwards)
“Panduan Lengkap Trade Cara Pro”
www.TFSPRICEACTION.com

2 COMMENTS

  1. Assalam tuan. Macam mana cara untuk join private group ? Saya cuba cari post post berkaitan dan masih tak jumpa. Ada caranya ? Saya baru sahaja beli buku tuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here