Home Artikel Forex Trading Nasihat Pelik Tapi Benar Jika Nak Jadi Forex Trader Berjaya

Nasihat Pelik Tapi Benar Jika Nak Jadi Forex Trader Berjaya

8633
28
nasihat-pelik-tapi-benar-jika-nak-jadi-forex-trader-berjaya

Selain daripada banyak mengkaji dan membuat analisis teknikal + fundamental dalam forex trading ni, saya juga banyak mengkaji psikologi atau mindset trading yang terbaik. Jadi, kali ni saya nak kongsikan beberapa nasihat yang “pelik tapi benar” untuk anda terapkan. Percayalah, nasihat-nasihat ni memang pelik tapi sememangnya efektif dalam mengubah anda menjadi trader yang lebih profitable.

Kalau anda dah lama trade tentu anda akan faham. 😉

BILA TRADE, ANGGAP JE ANDA AKAN RUGI DARI AWAL!

Kenapa anda kecewa bila anda loss? Sebab anda “mengharapkan profit” dalam setiap trade anda. Kita harap profit, tapi hasilnya loss. Kita pun jadi kecewa. Tetapi, kalau kita set dalam kepala yang kita mengharapkan loss, kita akan gembira bila kita profit. Kalau loss? Kita tak terlalu kecewa sebab memang itu yang kita expect dari awal. Kan?

Jadi, jangan terlalu mengharap setiap kali anda trade.

JIKA ANDA SELALU LOSS…

OK, anda dah belajar sana dan sini. Katakan daripada 10 trade, anda boleh profit 2x dan loss 8x. Anda cuma perlu “switch” je. Switch apa? Begini…

BUY BILA RASA NAK SELL, SELL BILA RASA NAK BUY!

Logiknya di sini, anda ikut teknik anda, 8x anda rugi. Dalam forex ada 2 pilihan sahaja kan, Buy atau Sell. Jadi, selama ni anda belajar, anda Buy dan 8x tu harga turun lalu anda loss. Kalau anda switch iaitu and Sell bila rasa nak Buy, tentu anda boleh mengubah statistik anda daripada 8x loss menjadi 8x profit pula. Sekali lagi, anda hanya ada 2 pilihan saja kan? Tukar sahajalah daripada Sell kepada Buy, atau Buy kepada Sell.

Ini bukanlah salah teknik, cuma apa yang anda amalkan dan pemahaman anda tu mungkin terbalik daripada apa yang sepatutnya. So, switch je lah. Kan?

CUBA BUAT LATIHAN NI…

Buka 2 akaun (tak kisah Demo atau Real, boleh cuba FxCitizen kalau belum ada akaun). 1 untuk anda trade ikut analisis anda, dan 1 lagi anda akan entry position bertentangan. Senang cerita, kalau Akaun 1 anda Buy, anda akan Sell pada Akaun 2 pada masa yang sama. Ini untuk menguji kefahaman teknik anda. Buatlah dalam 50 entry. Anda tengok Akaun 1 atau 2 yang lebih tinggi winning rate nya.

Kredit kepada Atuk Pemalu yang mendedahkan kepada saya “teknik” ni.

WUJUDKAN KEPASTIAN SETIAP KALI TRADE

Huih, boleh ke “pasti” dalam forex ni? Bila trade “confirm” profit ke? Hahaha… tak lah. Bukan macam tu. Apa yang saya nak tekankan ialah dari segi money management atau risk management kita. Misalnya, anda dah set Stop Loss (SL) 30 pips, dan dah kira kalau kena SL anda akan rugi 3%. Kemudian anda tutup terminal Metatrader 4 (MT4) anda. Apakah hasilnya bila anda buka MT4 keesokannya?

(i) Entry tu dah tak ada, sebab kena SL 30 pips. Anda rugi 3% dari modal

(ii) Entry tu masih ada, tengah floating loss tapi belum cecah 30 pips

(iii) Entry tu masih ada, dan sedang floating profit. Yesss!

Bukankah anda akan lebih happy bila dah tahu dari awal apa akan berlaku? Ini tidak. Bila trade, anda sendiri tak tahu apa akan jadi esok hari. Tahu-tahu esoknya modal pun dah tak ada sebab hentak lot gajah!

Bila dah lama trade ni, mindset saya ialah “rugi itu pasti!” Sebab itu saya selalu jaga capital saya dulu. Saya always think about risk berbanding profit lumayan. Itu mendidik diri saya untuk SABAR. Profit akan datang dengan sendirinya bila anda sentiasa jaga modal & risiko. Percayalah… sebab bila modal anda survive lama, anda secara automatik makin faham market ni gerak macam mana. Ok?

HANTU PUNYA FOREX! MACAM MANA NAK LARI DARI HANTU NIH?!

Senang je, jangan tenung chart tu lama-lama. Turun naik candlesticks (CS) terutamanya di time frame (TF) kecil seperti 1 minit (M1) dan 5 minit (M5) amat amat mudah “menggoda” anda untuk Buy atau Sell secara spontan. Tengoklah chart tu lama-lama, mesti kena rasuk punya! 

Cara terbaik ialah jangan tengok chart selalu. Tengok bila CS sudah close sahaja. Misalnya, jika anda gunakan TF H4 (4 jam), anda boleh tengok pukul 12 pm, kemudian 4 pm dan seterusnya selang 4 jam. Pantang kan diri anda daripada melihat TF kecil kerana ia begitu menggoda! Dalam tak sedar, jari jemari menari-nari di mouse, tahu-tahu saja dah hentam 5 entry!

OK lah, cukuplah tu ya. Sambung lain kali pula. 😎

SUKA TIPS DAN NASIHAT-NASIHAT SEBEGINI?

Kalau suka, anda tentu akan menyukai TFS7. Banyak lagi ilmu dan tips “pelik” yang saya kongsikan sepanjang 10 tahun saya berkecimpung dalam forex trading ni. Ianya dijamin jauh lebih baik berbanding TFS edisi sebelum ni. 

Tapi, buat masa ni ianya belum siap lagi. Dalam 1 – 2 bulan lagi baru siap. Saya ingin sampaikan ilmu tahap tertinggi dan terlengkap, sebab tu ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan (work in progress sejak Jun 2017, fuhhh… 😔). 

Daftarkan email anda di bawah. Anda akan menjadi antara yang terawal menerima makluman daripada kami. Sebagai pemilik terawal, tawaran terbaik akan diberikan DAN siapa tahu anda mungkin dapat T-shirt eksklusif kami. 😉

So, daftar segera di sini:

www.tfspriceaction.com/ebook-forex-percuma

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda okeh! 😀

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia

www.TFSPRICEACTION.com

28 COMMENTS

  1. terbaik , dah analisis chart , guna demo selalu profit , tapi guna real tah pape , floating sikit punya banyak.tah apa silap , broker platform ke teknik..nak kena tukar ke fxcitizen gamaknya

  2. Terima kasih tuan,terbaik tips nyee mmg dh prnh trfikir nk buat mcm ni dulu, tpi slalunye idea mcm ni ditolak oleh rakan2 trader yg lebih otai. Tapi trnyata mmg valid rupenye.

  3. Haha. setuju sangat apa yg Tuan Khalid kongsikan.

    Saya dah praktikkan teknik TFS dlm sebulan yg lepas. Alhamdulillah walau profit tu taklah besar (sebab modal pun kecil), tapi keyakinan tu jauh berbeza compared tu trade dengan teknik indicator apa bagai semua. Dulu kalau tidur, tak tenang. Bangun pagi terus mengadap laptop/hp.

    Tapi sekarang, bangun dengan yakin je siap2kan diri. Solat Subuh apa semua dulu, dah tenang dah free, baru buka MT4. Tengok2 je tgh floating profit. haha. Alhamdulillah.

    Kalau loss pun, still tenang je, sbb kita dah ada S/L yg kita dah set. Risk tu kita urus dengan baik apabila gunakan teknik TFS. Alhamdulillah, lebih banyak masa boleh spend dengan perkara lain drpd duk tenung kat chart je memanjang. fuhh.
    Terima kasih banyak Tuan Khalid Hamid kerana memudahkan ramai orang kita nak faham tentang trading forex.

    • syukur alhamdulillah. teruskan kecemerlangan tuan. lama2 kefahaman jitu & profit lumayan akan datang dgn sendirinya. banyak lagi ilmu dalam TFS7 akan diajar. pastikan tuan mendapatkannya orait 🙂

  4. Asalamualaikum tuan Khalid hamid saya rasa teruja apabila tengok video tuan Khalid hamid disampaikan di YouTube Dan apabil saya Sudah fahami dalam asas candlestick snr Dan lain2 sewaktu saya belum pernah pelajari video Khalid hamid profit, saya cuma 20 pips atau paling banyak 50 pips tapi apabila saya dah faham Dan Cuba kaji balik apa tuan Khalid hamid mensampaikan ilmu trading forex saya Sekarang dah boleh Jana 50 pips Dan lebih dari itu Dan saya syukur kepada tuan Khalid hamid Dan saya bukan ahli teknikforexsebenar insyaAllah saya akan masuk team teknikforexsebenar untuk jadi naked trader seperti tuan Khalid hamid saya baru sahaja usia 15 tahun dah boleh mencetak usd dengan sendiri terima kasih kepada tuan Khalid hamid yang telah mencurahkan ilmu kepada trader lain achuakkkk asalamualaikum.

    • syukur alhamdulillah. teruskan kecemerlangan tuan. banyak lagi ilmu dalam TFS7 akan diajar. pastikan tuan mendapatkannya orait. eh eh umur 15thn camne boleh buka akaun trading nih? minima 18 tahun la. anyway congrats muda2 dah pandai cari duit sendiri 🙂

  5. Tuan Khalid mesti pakai tropong sntiasa monitor kami sdang nered, gud idea, leh prektis neh, hahaha

  6. Alhamdulillah.., terima kasih diatas info yang diberikan Tuan Khalid..,
    Nanti jangan lupa baju eksklusif untuk saya tuan.., saya dah order TFS7.., hehehehe

      • Dah order tuan yang lepas.., mase tu TFS v6.., tapi admin reply stock dah habis untuk TFS v6…, cuma dapat softcopy TFS6 sahaja…, nama saya queue untuk TFS v7…, 🙂

  7. Assalamualaikum..im a newbie in this field..belum smpai 2 minggu mencari2 info tentang forex. En Khalid ada apa2 nasihat utk newbie macam saya nie tak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here