Home Artikel Forex Trading Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar

Panduan Melabur Untuk Mereka Bermodal Kecil Nak Untung Besar

29345
65
panduan-melabur-untuk-mereka-bermodal-kecil-nak-untung-besar-1

Anda tahu tak, hampir setiap hari saya dapat soalan macam ni:

Nak belajar tapi tak ada modal. Nak trade pun tak ada modal. Ingat pepatah ni:

Anda tak perlu jadi kaya untuk melabur,
tetapi
anda perlu melabur untuk menjadi kaya!

Pepatah ini sangat-sangat tepat dan perlu menjadi pegangan anda.

Ramai salah faham bila cerita tentang forex trading. Kalau nak cepat kaya dan banyak duit forex bukan jalannya! Kalau anda modal kecil, untung pun kecil lah. Kena realistik dan “sedar diri”. Nak untung besar modal pun kena lah besar. Contoh kalau profit 30% sebulan, modal USD100 baru dapat USD30 kan? Kalau nak untung sampai USD3,000 kenalah ada modal sebanyak USD10,000. Barulah realistik macam tu. 🙂

Ini tidak. Ramai yang jadi forex trader kononnya nak guna USD100 untuk menjana profit USD10,000 dalam masa sebulan. 1,000% tu! Forex bukan cara kaya cepat. Kalau anda kekurangan wang dan ingin mencari “quick cash”, fikirkan idea-idea ini:

1) Ada yang jual pau. Kos RM0.80. Dia jual RM1.80. Profit RM1.00 (125%)

2) Ada yang jual kek cupcake. Kos RM1.50. Jual RM6.50. Profit RM5.00 (333%)

3) Beli projector RM3,000. Sekali orang sewa RM350. kalau 100 kali orang sewa dalam setahun dah dapat RM35,000. Profit RM32,000 (1,067%)

4) Sunglasses kos RM20 (beli kat Plaza GM Chow Kit) boleh jual RM60. 200% profit. Jam cantik-cantik kos RM20 pun boleh jual RM50. Naturactor (bedak asas wanita) modal RM18 boleh jual RM40. Semua ni > 100% profit.

5) Jual dadih kos RM20 boleh dapat untung dalam RM30 (150% profit). Anda boleh jual di luar pagar sekolah. Murid-murid balik sekolah tengahari dan petang. 1 – 2 jam boleh sold-out. Saya ada juga kenal orang jual sate ikan pun untungnya RM150-200 sehari. Itu tak termasuk lagi dia berniaga di tempat-tempat tumpuan ramai yang lain.

Mungkin ada yang akan kata “Nak buat kek kena ada mesin ribuan ringgit. Jual sate ikan kena ada motor. Nak jual online saya tak ada laptop tapi ada smartphone sahaja” dan lain-lain lagi halangan. OK, cuba fikirkan idea-idea ini pula:

1) Dalam Instagram boleh jadi Personal Shopper (PS) utk butik-butik online terkenal. Nak beli online stok asyik “sold-out”. Mereka yang tinggal berjauhan tak boleh nak beli. Jadi, PS ini lah yang akan pergi butik tolong belikan baju mengikut design / warna / saiz yang pelanggan mahu. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan upah.

2) Buat bisnes Pre-Order. Caranya, upload gambar barang yang orang memang tengah cari seperti jam tangan G-shock original. UPLOAD GAMBAR JE DULU. Sesiapa yang berminat nak beli, minta dia bayar 50-70% dulu. Anda boleh gunakan duit tersebut untuk beli stok, dan hantar kepada pembeli setelah bayaran penuh diselesaikan.

3) Buat bisnes jatuh kapal atau Dropship. I sama seperti No 2 tetapi ianya lebih mudah kerana penghantaran barang semuanya dibuat oleh pembekal. Anda hanya jadi orang tengah sahaja. Yang No 2 tadi tu kita beli stok, bungkus & hantar sendiri.

4) Beli cecair pencuci kereta, span, kain, dan pengilat tayar. Kosnya dalam RM30. Tanya jiran-jiran ada tak yang nak cuci kereta. Nak ambil upah cabut rumput pun boleh juga tapi lagi penat lah (CABUT RUMPUT guna tangan, bukan pakai mesin tu).

5) Anda ada ijazah tak? Kalau ada, cuba tanya sekolah / IPTA / IPTS adakah mereka sedang mencari speaker untuk “career talk”. Saya dulu pertama kali bagi career talk selama 2 jam dapat RM100. RM50 sejam tu kira lumayan lah kan? Kalau tak nak bagi career talk, anda boleh juga buat freelance siapkan full set account (kalau anda kerja bidang akaun), buat pelan bangunan (kalau anda arkitek) atau menjadi perunding bisnes / pemasaran (kalau anda bidang bisnes).

Banyak lagi idea buat duit dengan modal rendah ni. Kerja dari rumah pun boleh juga. Dalam nak pilih bisnes tu, anda perlu periksa terlebih dahulu:

1) Kemahiran dan apa yang ada di tangan sekarang yang boleh gunakan

2) Berapa kos / modal yang kita sanggup keluarkan

3) Masa dan tenaga yang diambil untuk melakukannya. Kalau nak buat duit dengan cekap, carilah pekerja. Contoh kalau cuci kereta tu, caj RM10.00. Anda berilah pekerja komisen RM2.00. Walaupun untung kita berkurang sedikit, tetapi kita dah jimat masa dan tenaga yang boleh kita salurkan untuk buat perkara lain.

Setiap idea yg disebutkan tu tahap kesukaran, masa yg diambil, dan kemahiran yang diperlukan berbeza-beza. Sebelum buat, kena kaji dan CARI ILMU dulu lah. Jangan main hentam sahaja. Jual kuih tak sedap nanti orang tak beli pula huhuhu… 🙂

Kenapa buat yang sofistikated kalau modal nak trade pun tak ada atau tak berapa nak banyak? Belajar buat kuih & jual kuih rasanya lagi mudah daripada belajar forex kan?

HABIS TU BUAT APA NAK TRADE FOREX / SAHAM / CPO DLL KALAU UNTUNG IDEA-IDEA DI ATAS TU BANYAK GILA?

Sebab bila dari duit kita sikit dah dibanyakkan, duit banyak tu nak buat apa? KENALAH MELABUR. Jika anda melabur ke dalam ASB, anda mungkin boleh dapat pulangan 7% setahun. Ianya tak akan cukup untuk menampung kenaikan kos sara hidup. Sebab itulah kita perlukan instrumen pelaburan yang boleh memberikan kita pulangan yang lumayan supaya Money Makes More Money atau Money Works For Me.

Jadi, kalau anda masih kurang berduit, carilah ilmu dan duit dahulu. Dah ada duit, duit selebihnya yang ada tu barulah boleh gunakan untuk melabur. BUKAN KITA LABUR GUNA DUIT YANG KITA TAK BOLEH RUGI (SPT DUIT LAMPIN ANAK, DUIT SUSU, DUIT INSURANS KERETA DLL). Ingat tu, guna duit yang memang kita dah tolak tepi tau.

Akhir kata, FOREX ADALAH PELABURAN. Ia bukan cara utk kaya cepat. Banyak lagi cara lain utk menjana pendapatan yang lebih rendah risikonya. Malah modal yang diperlukan juga lebih rendah serta mudah utk dikuasai. Anda boleh jadi kaya dengan forex menggunakan modal yang kecil, tetapi anda memang kena betul-betul penyabar untuk besarkan akaun anda sedikit demi sedikit. Semoga perkongsian ini memberi anda serba sedikit idea bagaimana nak menjana quick cash selain daripada forex trading.

Jangan lupa follow Facebook saya di sini untuk tips-tips forex dan kewangan terbaik:

www.facebook.com/khalidtfs

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.

Silakan SHARE tips ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips buat duit yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

65 COMMENTS

  1. thanks bro untuk ebook free yng tuan bagi.. banyak yng saya taw dalam tu.. bukan senang nk kutip ilmu dari tuan. salam newbie tuan.. baru nk try forex..

  2. Tqvm master. Sy slalu lost control sbb nak profit besar. Dah byk lost. Kata2 semangat yg tuan bg ni akan sy jdkan panduan utk lebih byk bersabar dan sedar ttg modal dan profit yg patut sy perolehi.

  3. Saya berharap dapat berjumpa tuan suatu hari nnti..harap tuan tunjuk ajar tentang forex suatu hari nnti

  4. Khalid Hamid adalah seorang yang Baik hati.. Ikut pendapat beliau memang kita akan berjaya dalam hidup. Kalau siapa yang serious nak belajar forex jangan buang duit di seminar luar cuma beli buku forexsebenar. Sekian Terima Kasih

  5. Assalamualaikum dan selamat sejahtera Abang Lid. Semenjak saya menggunakan ilmu dari TFS, trading saya semakin konsisten. Tak perlu buat banyak entry, dan hasilnya sungguh mengembirakan saya..disamping itu juga, nasihat2 yang disampaikan melalui private group juga sangat mendorong untuk saya lebih mendalami ilmu fx ,terima kasih.

  6. Tq Sifu Khalid bagi pandangan dlm bentuk realiti. Memang minda selalu nk yg mudah dan cepat kaya itu perkara biase tapi bila kita ketepikan perasaan nk cepat dn lingkup cepat kita akan tersedar dan mula membuat sesuatu dengan teliti dan berhati2.
    Bila sy trade demo pn sy mula berfikir panjang bila nk letak PO walaupun duit tu free. Tapi hakikat nya kita GAGAL apabila duit tu abis dlm masa seminggu. Klau guna duit sendiri dan real trade mau moroyan sebulan kn.

    Apa pn buat sifu Khalid saya ucapankan banyak terima kasih kerana membantu dengan memberikan tip dan sekarang trade demo pn saya boleh dapat 2K sehari. Klau dulu selalu kelaut.

    Tq Sifu Khalid

  7. Tq, En Khalid dengan ilmu yg di bagi percuma saja membuat rule trading saya semakin terarah. Dan sebelumnya pening kpala hala tuju harga. Kini, Tak buat op sebelum buat analisa yg mantab dari Encik. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1437 H

  8. Slm tuan terima kasih perkongsian ilmu ‘ dulu x pulak sya tau forexni mcmni’ skrg sya mula nampak sikit game forex ni dan sya nampak keiklasan tuan disini tk bebayak nnti sya cuba dptkan vcd dari tuan

  9. Terima Kasih dengan semua info ni Master KH….power sume ayat2 tu.
    salam newbie dari saya yang masih terkial-kial.

  10. wa’alkmslm Tuan,
    terimakasah atas pesanan yg sngt bermotivasi
    saya akan mula berdagang dgn modal yg kecil dulu,cuma buat masa ni saya belum faham cara2 berdagang wlu sering membaca tip2 yg terdapat dlm TFS,Tq

  11. A’kum tuan..sy br reg real acc fxcitizen guna id tuan..mohon jasa baik tuan utk email kan caro-caro yg the best lg..

  12. Tq masta..motivasi sambil pekena teh ais..cuma bila trade xdisiplin.boh lot gajah..nak kaya cepat…dah set sl dan tp…tengok trend jadi takut..pi cut loss..padahal kalo biaq dah tp..hat tu yang geram sangat2.

  13. assalam abg lid

    saya masih newbie lagi dalam forex ni. saya tengah buat research mcm mana nk start bisnes ni. saya dh banyak baca blog abg, cuma tak tahu nk start dari mana. saya tak knal lnsung trader trader dsekeliling saya. takde sesiapa yang nk guide saya skrang ni. saya harap abg lid and team dapat tlong saya kenalkn ilmu forex dengan lebih mendalam agar dapat mengubah hidup saya 200%.

    tqvc.

  14. Comment:sifu saya trader bermodal kecil, teknik apa yng bisa saya gunakan untuk bertrader sifu?

  15. As salam bro.. mcm mane nak mulakan pelaburan ni.. nak buka akaun tu semua.. n bro ade ajar ke cara2 die..sy tgk tak paham ape..hehehehe

    • IB broker sesiapa pun boleh jadi, sebab mereka tak collect duit. tapi LOCAL DEPOSITOR kena jaga2. itu ada senarai dalam control panel broker bila kita dah daftar. yang ni hanya yg dilantik sahaja ya. tq

    • kena check dari sumber bebas. jgn tanya mereka samada mereka berdaftar atau tidak tuan. semua orang akan cakap ya. hehe

  16. I’m a newbie to Forex. Still learning on Demo account.. recently making profit consistently..but still need to learn more about it. Your articles abt Forex really useful for those new to this. Love to read ur articles. Thank you so much!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here