Home Analisis Fundamental Forex Panduan Trade Forex Trading Pada Bulan Disember Setiap Tahun

Panduan Trade Forex Trading Pada Bulan Disember Setiap Tahun

8067
24
panduan-trade-forex-trading-pada-bulan-disember-setiap-tahun

Mungkin anda pernah dengar, JANGAN TRADE FOREX BULAN DISEMBER. BAHAYA!

Saya setuju, cuma ia kurang spesifik lah. Dia gini…

Pada bulan Disember, ada 2 perayaan besar yang disambut di seluruh dunia iaitu Krismas dan Tahun Baru. Di tempat kerja anda, biasanya bila rakan sekerja anda bercuti? Hujung tahun kan? Kumpulllll cuti lepas tu prapppp hujung tahun ko habiskan semua. Dekat sebulan ko cuti. Seronok la ko kan?! Aku gak yang kena buat keje-keje ko!

Hehehe… gurau-gurau saja. Oh ya hujung tahun juga kebanyakan negara cuti sekolah. Masa ni lah mak bapak budak ikut bercuti sama. Betul tak?

Syarikat-syarikat besar pun hujung tahun nak tutup akaun dah. Pasaraya buat stock count pun tutup kedai. Inikan pula financial institution & investment houses. Pekerja dah ramai cuti, akaun nak kena tutup, takkan nak bagi lagi banyak kerja?! Hahaha…

Disebabkan itulah, pada bulan Disember liquidity & volatility market rendah.

“HABIS TU MACAM MANA NAK TRADE BULAN NI ABANG LID?”

Tak yah trade lah. Orang gi cuti ko pun gi lah cuti sekali. Kan sonanggg…

Hehehe… takde lah. Hardcore trader mana boleh cuti kan?! Kalau nak trade, setakat pengalaman saya 12 tahun ni, sampai minggu ke-2 boleh trade lagi. Masuk minggu ke-3 market dah mula slow (sebab ramai bercuti) dan huru-hara. Pasal apa?

Pasal adalah pihak-pihak yang gung-ho untuk kejar target 2018 mereka. Fikirkan, kalau anda belum capai target tahun ni, dan ada 2 minggu lagi, dan ia menentukan bonus anda, mesti anda akan berusaha “last kopek” untuk capai target tu kan? Dah hujung-hujung ni selalunya market slow, tapi awas, ia boleh bergerak di luar jangkaan juga.

Di bawah ni chart EUR/USD & GBP/USD Disember 2015. Dalam kotak putih tu movement market untuk 2 minggu terakhir. Nampak tak ianya kurang aktif turun naik berbanding pada 2 minggu sebelumnya? Nampak kan?

panduan-trade-forex-trading-pada-bulan-disember-setiap-tahun-2

So, itulah nasihat saya kalau nak trade bulan Disember. Semoga bermanfaat. 🙂

[[Jom buat duit kaw-kaw dengan forex tahun 2019! —> KLIK SINI]]

Terima kasih kerana sudi baca blogpost ni.

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda ya! 😀

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

 

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ MK
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 18,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia

www.TFSPRICEACTION.com

24 COMMENTS

  1. krismas dan end years orang yurep…and amrik lagi sibuklah bikin pohon natal …paman santa klos juge lagi sibok bagi bagi gift lah ..mereka tak fikir lagilah trade ape…..he….he…

  2. Tq khalid, mungkin kaki scalping je kot sesuai untuk trade dlm keadaan market slow ni

  3. Saya rasa, sama juga bagi bulan January. At least 1 atau 2 minggu pertama forex market liquidity adalah kurang. Anyway, terima kasih tuan Khalid atas info yg manafaat ini

  4. aslmkm tn apa yg dimaksudkan dengan pergerakan market tidak jelas bab untuk kita buat analisa pd candlestick.

    • ws. selalunya banyak shadow atau jarum2 saja. itu tak jelas. kalau ada yg solid body close, itu baru jelas. lagi jelas kalau CS itu break SNR ya. makasih

  5. Assalamualaikum Tuan Khalid, saya ingin bertanya, dalam tfsprice action edisi terbaru, tuan ad ajarkan tak cara nk cari support and resistance dengan lebih details? sbb sy sgt2 lemah pasal mencari support and resistance. terima kasih Tuan

Leave a Reply to 7 Tips Forex Trading Tahun 2018 Ikhlas Dari Khalid Hamid TFS | Blog TFS Price Action Trading Belajar Forex Dalam Bahasa Melayu Oleh Khalid Hamid Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here