Home Analisis Teknikal Forex Perkongsian Forex Trader Dalam Workshop Teknik Forex Sebenar

Perkongsian Forex Trader Dalam Workshop Teknik Forex Sebenar

5228
18
perkongsian-forex-trader-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-atuk-pemalu-superman-1

Workshop Teknik Forex Sebenar (TFS) telah diadakan 19 Februari 2017 di Petaling Jaya. Selain Khalid Hamid yang mengajar, setiap workshop TFS kita akan panggil trader berpengalaman underground (dan juga terkenal, hehe) untuk memberikan perkongsiaan bermanfaat selama 1 jam.

Pada hari tersebut, kami telah menjemput sifu Zamrin Ariffin atau lebih dikenali sebagai “Atuk Pemalu Superman” yang terkenal dengan “teknik histeria”. Kami turut mengundang Dato’ Yusof Abdullah & En Fi untuk perkongsian ringkas.

Berikut merupakan intipati perkongsian mereka tempoh hari:

1) Leverage tinggi adalah pemusnah trader terutamanya newbie, kerana ia akan membuatkan trader overtrade. Seeloknya gunakan leverage 1:50 – 1:100 sahaja, kerana ia akan mengekang trader daripada open lot gajah / banyak position dalam 1 masa.

2) Teknik 10%, Money Management 30% dan Psikologi mewakili 60% (!) dalam forex trading. Nak menguasai psikologi trading, kena kawal “sahabat karibnya” iaitu Risk @ Money Management.

3) Musuh No 1 dalam forex trading ialah DIRI SENDIRI. Tiada siapa paksa kita untuk klik Buy / Sell. Baik & buruk akaun kita tu adalah akibat tangan kita sendiri. Kena belajar kawal diri melalui penguasan teknik, risk management dan psikologi.

4) Kalau demo atau real modal USD 50 pun lingkup, kita tak akan berjaya kalau kita guna modal lebih besar. Kecil tak boleh handle, macam mana nak handle yang besar kan?

5) Trader memerlukan didikan berterusan & mengelak daripada total loss supaya mereka dapat menimba pengalaman. Forex bukanlah belajar 3 hari terus jadi super trader. Ia memerlukan masa. Makin lama trade, makin hebatlah seseorang trader itu (dengan syarat dapat ilmu + bimbingan yg betul).

6) Untuk menguatkan psikologi trading, perlu kuasai 3M iaitu MIND, METHOD & MONEY.

7) 5% winner, 95% loser!! Itulah hakikat dalam trading mengikut 11 tahun pengalaman beliau. Ini kerana bukan semua orang sanggup buat apa yang 5% tu buat, seperti menulis review workshop ini misalnya hahaha…

8) Dalam dunia ada banyak teknik. Atuk pun ada ajar teknik beliau sendiri iaitu Histeria. Setiap teknik kena tahu setup cun atau tak cun, adakah ianya setup Neelofa, Cita Citata atau Ifa Raziah (contoh). Apapun teknik kita guna, akhirnya kita nak ia tolong kita BUAT KEPUTUSAN.

9) Dalam trading tiada siapa boleh profit dalam semua trade. Itu hakikatnya. Jadi trader perlu ada Stop Loss, atau kalau tak set SL pun, mesti ada Cut Loss level untuk mengehadkan kerugian yang bakal ditanggung, supaya modal terus kukuh untuk meneruskan perjuangan.

10) Try & upgrade your method, jangan try & error. Forex adalah subjektif, kerana setiap orang mempunyai personaliti trading yang berbeza. Jangan ikut acuan orang lain, sebaliknya dapatkan ilmu dan “try & upgrade + adjust” dengan diri masing-masing.

11) Duit bukan senang kita nak cari, jadi janganlah kita gatal tangan pergi leburkan dalam market forex. Jangan disebabkan kesilapan beberapa minit / jam, berbulan-bulan kita merana untuk cover balik kelalaian tersebut. Tambah parah jika trade guna duit bukan kita punya (loan bank misalnya).

12) Untuk memotivasikan diri, pastikan kita withdraw hasil titik peluh kita tu. Dapat USD100, withdraw lah USD10 ke. Dapat juga RM42 buat bayar apa yang patut. Kan? (withdraw rate FxCitizen = RM4.20 per USD)

OK, cukup sampai di sini. Sebenarnya banyak lagi amanat beliau sampaikan. Saya tangkap semuanya sebab saya rekodkan dalam workbook TFS tu. Dah la siap dapat pen TFS plak tu. Lagi senang nak tulis nota. Perghhh 👍🏻

perkongsian-forex-trader-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-atuk-pemalu-superman-2

Untuk Dato Yusof Abdullah & En Fi pula, intipati mereka selama 15 minit lebih kurang sama. Iaitu trader perlu ikut apa yang diajar, jangan pandai-pandai ubah sendiri. Kemudian, pastikan asas betul-betul faham dan kukuh kerana itu pun sudah memadai untuk kita trade dengan profitable. Candlesticks + SNR + Trendline cukup bagus dah untuk bantu kita MAKE A DECISION.

Selain itu, En Fi suruh habiskan baca buku + tengok video TFS tu. Habis study semua barulah dapat pemahaman menyeluruh. Jangan skip-skip, apatah lagi kalau tak habis baca / tonton. Nak ikutkan busy semua orang pun busy. Tu ha PM Najib Razak tu lagi busy. Kena pandai-pandailah cari masa yer. 😊👍🏻

perkongsian-forex-trader-dalam-workshop-teknik-forex-sebenar-atuk-pemalu-superman-3

Nak kuasai forex trading perlukan masa. Jangan kejar kekayaan segera kerana forex bukan tempat untuk kaya cepat. Mereka yang dah profit secara konsisten pada hari ini telah melalui perjalanan yang berliku yang anda tidak tahu. Mereka juga pernah gagal, tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Kan? 🙂

SIAPA PULA SPEAKER JEMPUTAN UNTUK WORKSHOP TFS MEI 2017?

Ianya masih lagi misteri. Saya harap beliau dapat kongsikan sesuatu yang bermakna kepada peserta sama seperti Atuk, Dato’ dan En Fi. Next workshop di MIRI14 MEI 2017. Promosi TFS juga akan dibuat di sana. INFO LANJUT ADA DI SINI 😀

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan anda yang lain ok. Banyak nasihat ada dalam tu. 😀

OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips forex trading yang lebih mantap.

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂

Yang ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

18 COMMENTS

  1. terbaik abg lid…bang sempena big news 16hb ,apa post yg sesuai nk hold…tahun lps suruh hold sell pair EU…mmg terbaik bang…kenyangggg…minggu nak tip n signal lagi blh payung x…hihihi

  2. Tolong…tolong…sya pon nk signal tu. Sbb tak pandai lagi. Masih study TFS. Buku pon belum khatam lagi. Dalam pada sedang study tu kalu boleh buat sedikit profit pon jadilah. Buat pembakar semanagt.

    • salam. nak analisis terkini boleh rujuk dalam TFS Private Group ye tuan. papehal habiskan dulu belajar TFS tu orait

  3. Saya nak Tanya, Ada lagi tak workshop di kwasan k.l atau Selangor, sebab saya in OKU lumpuh separuh badan Dari pinggang KE bawah. Pergerakan saya terbatas, nk belajar tentang forex dengan ilmu yg betul tu jadi susah. saya berminat untuk nk mnjana pndapatan melalui forex INI. Tapi sy tidak mempunyai modal Yang banyak. Until beli e-book TFS pun x mampu dgn hrga tu. Soalan saya, Ada tak kelonggaran untuk OKU seperti saya Dari segi promosi e-book TFS Dan workshop yg berdekatan.? Sekian terima kasih

  4. Terima kasih tuan Khalid Hamid, Insya Allah kita semua akan berjaya, amin ya Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here