Baru-baru ni harga emas turun dengan mendadak. Ramai yang tak sabar-sabar nak melabur dalam emas, tetapi istilah “pelaburan emas” ni sesuai ke?
Tahukah anda bila beli emas, anda automatik akan rugi sekitar 8%? Ia disebabkan oleh beza harga antara Buy & Sell (dipanggil “spread”). Ini petikan dari laman web Public Gold. Jika 10 gram, bezanya RM145 (8.7%). Itu emas 999. Kalau emas 916, spread nya boleh menjangkau sehingga 25%! Anda beli hari ni, kalau harga dah naik 25%, anda sebenarnya tak untung pun, sebaliknya baru breakeven sahaja.
Oh ya itu spread untuk TRADE-IN ya. Kalau nak jual secara tunai, nilainya akan 30 – 40% lagi rendah daripada harga pasaran. No kidding!
Kalau nak cerita pasal “long term investment” pula, percaya tak kalau saya katakan yang 5 tahun hold pun belum tentu lagi anda akan untung? Lihat rajah di bawah ni…
Harga tertinggi 2011 ialah $1,920. Sekarang selepas 5 tahun harganya cuma $1,170+. Jika anda beli pada 2011, sekarang anda sedang rugi 39%! Jika anda beli ketika harga dalam kotak putih (Dec 2015) mungkin sekarang anda untung sedikit, tetapi setelah ditolak spread mungkin juga anda masih rugi.
Setakat blogpost ini dibuat, harga emas masih menunjukkan trend penurunan. Support telah ditembusi (garisan ungu), ia petanda harga akan terus turun lagi.
Seperkara lagi, emas yang dibeli hendaklah dipastikan tulen. Jangan beli online dengan entah sape sape entah. Beli kat kedai terus lebih baik. Kes dapat “logam bersalut emas” ni dah banyak berlaku. Kalau harga dia jual tu murah sangat hati-hati lah yer.
Kesimpulannya, EMAS TIDAK SESUAI UNTUK PELABURAN. Jangan beli emas dengan harapan mengaut keuntungan daripadanya. Sebaliknya, SIMPAN EMAS. Ya, simpan! Ia boleh digunakan ketika kecemasan. Jangan jual untuk dapatkan tunai pulak! Anda rugi banyak nanti. Pergilah ke pajak gadai dan pajak emas anda. Itu lebih bijak, tapi jangan lupa ya kena bayar balik & setiap bulan ada “upah simpan” yang perlu dibayar.
Sebelum ni saya dah pernah cerita tentang kelemahan emas sebagai pelaburan DI SINI. Memandangkan harga tengah turun sekarang, eloklah saya bagi peringatan sekali lagi untuk anda fikirkan “pelaburan emas” ni bersama ya.
[[Nak belajar buat analisis teknikal pada chart? —> KLIK SINI]]
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan anda okeh! 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
Terima kasih atas perkongsian tuan.. Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki yg bnyak lgi halal kpd tuan sekeluarga.. Aamiin