Home Analisis Teknikal Forex Take Profit Dalam Forex Trading – Lebih Baik Set Atau Tidak?

Take Profit Dalam Forex Trading – Lebih Baik Set Atau Tidak?

10803
23
take-profit-dalam-forex-trading-lebih-baik-set-atau-tidak-featured

Post kali ini akan memberikan jawapan kepada persoalan adakah anda perlu set Take Profit atau tidak dalam trade anda. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

APA ITU TAKE PROFIT?

Ia merupakan paras harga yang anda set untuk sistem automatik close position anda apabila ia sampai. Ia juga dikenali sebagai Target Profit, atau ringkasannya TP. Untuk set TP, anda boleh set di bahagian ini ketika anda trade:

cara-set-take-profit-dalam-forex-trading

Anda boleh set TP sebelum atau selepas Pending Orders anda diaktifkan. Anda hanya perlu Right Click pada position tersebut, dan pilih Modify or Delete Order macam ni:

cara-set-target-profit-dalam-forex-trading

PERLU ATAU TIDAK SET TP?

TP bukan bersifat seperti Stop Loss (SL), yang mana ia akan memakan modal jika ia berlaku. Ada forex trader yang berpendapat tak perlu set TP (atau istilahnya Open TP), kerana TP akan mengehadkan potensi profit. Lihat contoh ni…

take-profit-dalam-forex-trading-lebih-baik-set-atau-tidak-1

Ini rajah GBP/USD time frame 1 jam (H1). Saya dapat SHARP ENTRY, dan tak sampai satu jam saya floating profit 76 pips. Kalau saya set TP 50 pips, saya terlepas 26 pips sebab position saya auto-close setakat 50 pips. Kalau 1 pips $10, dah $260 atau RM1,092 melepas tu! (berdasarkan withdraw rate broker FxCitizen iaitu RM4.20/USD).

JADI, LEBIH BAIK JANGAN SET KE?

Tak juga. Selepas profit 76 pips tadi tu, harga naik ke atas dan hit BE+1 (lock profit), iaitu SL 1 pip di bawah Entry. Elok-elok boleh dapat 50 pips kalau set TP, anda dapat 1 pip je. Sedih kan? Selepas itu, harga tak turun lagi dan naik tanpa henti hohoho… haa tu la tamak sangat. Kan dah kena. Padan muka! 😛

take-profit-dalam-forex-trading-lebih-baik-set-atau-tidak-2

JANGAN INGAT HARGA TAK BOLEH PATAH BALIK!

Tak kira lah berapa pun floating profit anda, jangan sesekali leka. Pada saya, selagi profit dah 2x SL atau dah dekat sangat tu, close je lah. Ambil sahaja apa yang market dah bagi. Kalau nak hold pun, tinggalkan lah lot paling kecil. Contohnya, anda set SL 30 pips. Kalau profit dah lebih 60 pips, eloklah close. Kalau anda enter position 1.00 lot, anda boleh close 0.90. Tinggalkan baki 0.10 lot untuk biarkan ia terus pergi. Setidaknya, 90% profit anda dah ambil dulu.

Rekod peribadi saya? Gold dah floating profit 700+ pips, boleh patah balik dalam masa 1 jam disebabkan news, lalu saya dapat 1 pip sahaja. Hahaha…

KESIMPULANNYA…

Lebih afdal jika anda set TP dalam setiap trade anda. Takkan anda nak melekat depan skrin untuk monitor trade anda sepanjang masa kan? Jika price pergi lebih jauh daripada TP anda, relakan sahaja. Setidaknya anda tetap TP atau profit juga, bukannya loss! Market sentiasa ada, jangan risau. Lepas dah profit, anda boleh tunggu retracement dan re-entry semula. Cari je peluang trade lain. Ok?

DALAM TFS PRICE ACTION TRADING ADA AJAR CARA TERBAIK SET TP TAK?

Sudah tentu ada! Bukan setakat 1, tapi 5 cara untuk set TP di lokasi paling strategik akan didedahkan, yang boleh mengelakkan situasi “melepas” seperti di atas berlaku kepada anda. Kiranya, exit max profit tepat di sasaran sebelum harga bertukar arah!

KLIK SINI UNTUK MENEMPAH SEBELUM STOK KEHABISAN SEKALI LAGI

Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda ya! 😀

Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah 🙂

Yang Ikhlas…

KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 18,500+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com

23 COMMENTS

  1. you are right bro lid…jangan lah kejar harge tu ….kita punya kaki 2 price punya 4 kaki takkan pun kita bisa kejarnye….dikali pula 5 bilyon$…keh…..keh….salam selalu bg lid

  2. Take profit itu wajib. Setakat mana level bergantung kepada analisa price action activities, fibonaci, bollinger Bands dan beberapa teknik analisa teknikal

  3. Kalau hp boleh set trailing steps dan trailing stop saya tak set tp…. tapi kena ada vps baru boleh jadi jawab eh set la tp..

    • iya betul tu. tapi pada saya as long as dah set SL ke entry, apa jadi kat trade tu saya tak kisah dah 🙂

  4. Syukur alhamdulillah…
    Teruskan usaha murni Tn dlm mendidik anak bangsa
    Allah telah beri keistimewaan dan kelebihan pd Tn dlm mengharungi dugaan Allah sebelum ini
    Sharing Is Caring
    Dlm erti kekayaan bukan sekadar harta kebendaan shj
    Ilmu yg di kurnia Allah adalah tiket utk ……
    Tk atas ilmu yg di kongsi
    Semoga Allah memberkati dan permudahkan urusan Tn
    aamiin…

Leave a Reply to Kisah Jatuh Bangun & Permulaan Khalid Hamid Dalam Forex | Blog TFS Price Action Trading Belajar Forex Dalam Bahasa Melayu Oleh Khalid Hamid Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here