Ini kereta baru saya. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, bolehlah saya gunakan untuk mencapai salah satu azam 2015 saya iaitu ingin memiliki 2nd car. Ini Mini Cooper S Wired. Harga sebenar RM247k, saya beli RM225k. Diskaun RM22k atau 9%. Ini kereta baru, bukan 2nd hand atau recond yang dah rabak ye. Tak percaya tengok mileage tu. Baru 89km masa saya collect, siap bau kedai lagi 😀
BAGAIMANA NAK BELI KERETA IMPORT PADA DISKAUN MELAMPAU?
1) Pre-registered Cars. Kalau continental cars, boleh tanya official dealer ada tak pre-registered cars. Maksudnya, kereta yang dah didaftarkan atas nama syarikat tersebut terlebih dahulu. Anda dikira sebagai pembeli ke-2, bukan pembeli pertama. Diskaun yang diberikan memang menakjubkan, dan anda tetap mendapat kereta baru yang mileage nya tak sampai pun 100km! (mileage ni pun sebab mereka drive pergi buat inspection, pasang tinted, pindah warehouse dsb tu je).
2) Demo Cars. Ni kereta yang digunakan untuk test-drive. Sama macam pre-registered gak, cuma mileage bawah 5000km. Harganya mungkin boleh dapat lebih rendah dari yang pre-registered. Biasalah, kereta untuk orang lenjan kan. Hehehe… tak kiralah pre-reg atau demo, warranty tetap ada. Siap free service + maintenance lagi untuk 3 – 5 tahun.
3) Pre-loved Cars. Kalau bajet terhad, boleh cuba tanya dealer tu ada tak “pre-loved cars”. Ni 2nd hand yang dah diperiksa oleh mekanik bertauliah mereka. Harga boleh tahan murah gak, siap ada warranty sekali 🙂 Ni bukan kereta baru lah, memang dah kena lenjan tapi mekanik dealer dah sahkan ianya masih elok untuk digunakan & berbaloi untuk dibeli.
Untuk continental cars je saya tahu mereka buat semua ni. Untuk kereta import US & Jepun cubalah tanya kot kot ada. Kereta Malaysia? Haha, I don’t think so. Sebab tahun 2009 dulu pernah beli Myvi siap masuk waiting list lagi. Sekarang tak tahulah pula. 🙂
BULAN DISEMBER ADALAH WAKTU TERBAIK BELI KERETA SEBAB…
1) ELAK LANGKAU TAHUN. Kalau langkau tahun, banyak drop value. Saya pernah beli kereta stok lama. Manufactured 2011, beli 2012. Kereta baru, saya first owner. Diskaun diberi RM8k sebab dah lepas 1 tahun daripada tarikh ianya dibuat. So, kalau kereta tu dibuat tahun 2014, sampai sekarang tak dijual-jual, start Januari 2016 ianya akan dikira berumur 2 tahun, sebab diorang tengok pada tahun & bukannya bulan. Sebab tu diorang boleh reduce harga kaw-kaw punya sebab nak elak kereta tu langkau tahun. Setiap dealer kalau boleh nak clear stok mereka secepat mungkin. Kalau dealer bagi diskaun gila-gila, jangan lupa tanya tu stok tahun bila. Kang nanti nak trade-in atau jual balik anda pula yang rugi kaw kaw isk isk 🙁
2) BANYAK PROMOSI. Sama seperti perniagaan-perniagaan lain, hujung tahun ni banyak promosi dibuat sebab ramai orang dapat bonus / insentif, jadi dealer pun ambil kesempatan lah untuk membuat jualan lebih banyak melalui offer offer yang irresistable.
3) DEALER & BANK NAK HIT TARGET. Selain nak clear stock sebelum kereta tu langkau tahun, dealer atau syarikat pun ada target yang perlu dikejar. So dah bulan 12 ni mereka akan “all-out” lah offer macam-macam janji stok yang ada terjual supaya target mereka untuk 2015 tercapai. Oh ya, bank pun nak hit target mereka juga. Makin ramai beli kereta, makin banyak la financing diorang dapat kan?
WHAT’S THE CATCH? (APA MUSLIHATNYA???)
OK, ini penting untuk anda tahu. Pre-registered & demo tu anda adalah pemilik no 2. Jadi, kalau anda buat pinjaman, kadar faedahnya lebih tinggi dalam 0.5 – 1.0%. Saya dah buat analisis, dan sebenarnya sama sahaja harga akhirnya. Maksudnya, lepas 7 tahun nanti saya tetap bayar harga asal kereta tu (RM247k) disebabkan rate nya lebih tinggi. TETAPI, antara jimat RM22k sekarang VS bayar RM22k untuk tempoh financing 7 tahun, mana satu yang patut anda pilih? Jawapannya…
Pilih untuk berjimat RM22k sekarang! Sebab apa? Sebab konsep Time Value Of Money (TVOM) iaitu duit yang anda ada sekarang adalah lebih bernilai berbanding pada masa akan datang (disebabkan inflasi). Dulu RM10 besar nilainya, boleh 3x makan sehari. Sekarang ni RM10 kadang lunch pun tak lepas huhuhu… So, pilihlah jimat sekarang. Duit tu boleh guna untuk buat benda lain yang lebih bermakna.
Dengan RM22k yang anda jimatkan, anda boleh guna duit tersebut untuk melabur. Kalau dapat 10% sebulan dan anda compound selama 7 tahun (84 bulan), daripada RM22k tu boleh jadi RM65 juta wooo!!! (boleh kira guna compound calculator). Syaratnya kena tahu lah cara betul nak melabur ye. Kenalah belajar dahulu. Market terbaik kalau nak konsisten return sebegitu ialah forex market. Market lain slow, mungkin tak dapat nak profit sebanyak tu. 10% sebulan adalah sesuatu yang boleh dicapai dalam forex trading. 😀
Kalau letak di ASB, 8% selama 7 tahun pun, RM22k boleh jadi RM37k. So, ada gak profit RM15k walaupun anda tak aggresif melabur. So, sekali lagi ingat, duit anda ada sekarang lebih bernilai berbanding di masa hadapan. Manfaatkanlah duit anda sebaiknya okeh 🙂
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE tips ni dengan rakan anda yang lain ok. 😀
OK lah, teruskan bersama kami untuk tips-tips yang lebih mantap.
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
[…] tu, apa bezanya dengan kereta? Beli hari ni esok value drop 20% dah. Kalau jual cash dapat jauh lagi sikit. Sama je lah ye […]
[…] jam di dashboard kereta saya tu. Ia menunjukkan pukul 6.56 pagi. Time time macam ni dah jem giler dekat Jalan Duta nak […]
[…] yang nilainya makin lama makin naik. Untuk sesuatu yang nilainya makin lama makin jatuh (contoh: kereta), takkan la anda sanggup nak bersusah payah kumpul duit CASH puluh-puluh ribu ye […]
[…] tu, apa bezanya dengan kereta? Beli hari ni esok value drop 20% dah. Kalau jual cash dapat jauh lagi sikit. Sama je lah ye […]
[…] jam di dashboard kereta saya tu. Ia menunjukkan pukul 6.56 pagi. Time time macam ni dah jem giler dekat Jalan Duta nak […]
[…] (kilang Mini Cooper) di sana. Inilah tempat di mana kereta MINI dibuat. Memandangkan saya pemilik Mini Cooper S, saya teringinlah nak tengok. Alang-alang dah sampai sini […]
[…] dengan kos ratusan ringgit terlebih dahulu kan? RM500,000 tu boleh beri rumah, CASH! Boleh beli kereta Range Rover Evoque 2 pintu, CASH! Boleh hantar anak belajar kat overseas, CASH! Boleh hantar mak […]
Saya baru beli pre-registered car pada harga yg sangat murah tapi tetap dengan interest, warranty dan free maintenance yg sama.. Rebate dalam 18k,tolak kereta lama 15k. Mileage pulak tak sampai 1000. Umur kereta baru 3 bulan. No pendaftaran pun cantik sebab company beli nombor tu harga rm600. Memang sangat berbaloi!!
Hai Ani tq sudi baca & komen di post ini 🙂