Saya teramat sedih dengan kejadian tipu-menipu yang berlaku dalam forex trading ni. Tak pasal-pasal duit yang telah dikumpul sejak sekian lama lebur begitu sahaja tanpa mampu mendapat pembelaan akibat ketamakan sendiri. Lebih sedih lagi jika ia melibatkan wang pinjaman peribadi / kad kredit / cagaran harta pusaka!
Coroner Says Dad’s Death Should Be Warning To Bodybuilding World About Use Of Steroids – LADbible dave palombo hawaii woman bodybuilding asian tube
Justeru, saya rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit cara bagaimana nak elakkan diri daripada tertipu dengan forex trading ni:
1 – ELAKKAN MELABUR DALAM SKIM YANG MEMBERI PULANGAN TETAP
Ini petunjuk #1. Banyak dah terjadi di mana pelabur melabur sejumlah besar wang ke dalam skim forex. Selalunya pulangan dijanjikan ialah 10% SEBULAN. Selepas mengumpul dana yang cukup, penganjur pun lari menghilangkan diri. Menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Pihak berkuasa pun tak dapat nak tolong kerana selalunya tidak ada perjanjian yang ditandatangani.
2 – JAUHI BROKER YANG BAGI PULANGAN TETAP atau BONUS MELAMPAU
Ada sesetengah broker yang menawarkan pulangan tetap yang lumayan. Tak payah trade pun. Letak je duit dalam broker tu. Goyang kaki masuk duit! Kalau tak pun, mereka akan bagi bonus sehingga 100% daripada berapa yang anda masukkan! (contoh: Anda deposit $100, broker akan tambah lagi $100 menjadi $200).
Broker-broker sebegini pun amat-amat berisiko tinggi. Ingatlah, kalau broker nak bagi pulangan tetap, bagaimana mereka nak untung? Bank yang duitnya berbillion tu pun berani bagi 2-3% sahaja SETAHUN, inikan pula syarikat-syarikat yang baru nak naik dan entah berdaftar entah tidak!
3 – JANGAN BAGI DUIT PADA INDIVIDU UNTUK DIA TOLONG TRADE
Tak payah percaya lah. Buat apa mereka nak tolong trade sebab kalau mereka trade sendiri boleh dapat 100% daripada profit yang dijana (tak perlu dikongsi dengan sesiapa). Mereka ni minta modal sebab mereka sendiri tiada modal! Kalau mereka ada modal, mereka dah trade untuk diri sendiri dah. Mengapa mereka nak buat kerja dan tanggung semua risiko untuk pulangan yang kecil kan?
4 – JANGAN LABUR DUIT KEPADA BROKER DARI MALAYSIA
Ada sesetengah broker yang memberitahu mereka adalah broker berdaftar dari Malaysia. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen untuk broker forex beroperasi di Malaysia. Jadi, siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni besar kemungkinan EJEN BROKER (Introducing Broker) sahaja. Mereka cari klien, suruh deposit, dan terima komisen daripada broker. Kalau yang itu tak apa.
5 – JANGAN GUNAKAN ORANG TENGAH, DEPOSIT TERUS KEPADA BROKER
Ini pun selalu juga terjadi, di mana trader mendepositkan wang kepada orang tengah yang kemudiannya akan memasukkan duit ke dalam akaun trading mereka. Ingat, duit akan sampai kepada orang tengah tu terlebih dahulu. Jika individu tersebut tidak jujur dan memang berniat menipu, mereka boleh melesapkan wang anda begitu sahaja! Jadi, cara paling selamat ialah dengan mendepositkan terus akaun trading anda kepada broker. Cara untuk deposit boleh gunakan kad debit, kad kredit, “local depositor” rasmi yang dilantik broker, atau telegraphic transfer (bank wire).
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan selamat maju jaya. Jumpa lagi dalam posts serta tips-tips yang akan datang.
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakan-rakan traders anda ya! 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan Lengkap Trade Cara Pro
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
jazakallahu khair ^^
Assalamualaikum.. Nk tnye.. Mcm mne kalo yg mintk ic dpn blkng dan lesen..?
Ws. Tu memang prosedur biasa utk broker cik annis. memang mereka akan minta gambar IC depan & belakang. utk keselamatan, boleh letak watermark “For XXX broker use only” ya.
kalau dia suruh hantar gambar selfie tunjuk ic depan belakang mcm mana pulak @khalid hamid..
tu prosedur normal tu tuan kalau nak buka akaun.
Tp.. Octa fx betul ke atau scammer
Octa ok je takde masalah.
Terima kasih tuan KH
Thanks Master Khalid
Terima Kasih Tuan
Assalam tuan khalid..saya nk bertyer betul x konsep forex bila dah dibg modal kpd trader then dia akan trade tp dgn perjanjian hanya akn dpt profit sebyk 10 atau 12 kali dlm 21% gitu keuntungan then lps tu kena pump modal blk..po dlm 10 atau 12 kali tu dah termasuk modal yg mula2 di labur..
W’salam. haha. mengarut je tu tuan. belajar pastu trade sendiri. tu je yg betul. kalau trader tu trader betul, dia pakai duit dia sendiri je lah. apsal nak mintak duit orang plak. tu tandanya dia sebenarnya takde duit.
Salam tuan Khalid, sy ada uka akaun kad gcmasia. Tp sy ada terbaca komen mengatakan yg gcmasia ni broker penipu. Tolong bagi penerangan sedikit mengenai broker ni. Sy jadi risau. Klau sy nk tutup akaun boleh sy ambil semula wang yg sy dah deposit kan
salam. elok jauhkan. ramai sangat yg buat aduan. duit yg ada sepatutnya boleh dikeluarkan. kami doakan urusan tuan berjalan lancar. tq 🙂
salam..Tkasih tuan khalid sebenar nya apa yg tajuk diatas Tolongah Jangan Jadi Mangsa Pelaburan Forex Scam Seterusnya! adalah benar dan tidak ada yang tidak benar apa yang diperkata kan oleh tuan
salam. sama2 tuan. scammer takkan pupus. kita yg kena educate diri kita utk elak dari jadi mangsa
assalamualaikum tn khalid, nak tanya sikit, broker XM tu tn dari Malaysia, saya sekarang guna broker XM tn, ada kh saya boleh terus kan atau pun di close akaun saya tu? ini untuk ke pastian saya saja tuan, saya baru masih dalam bidang forex ni.
teruskan saja tuan. XM ok. cuma, tiada broker berdaftar dari Malaysia. semua broker adalah dari luar negara. yang ada di Malaysia hanyalah ejen broker sahaja. harap maklum 🙂
Saya Ada melabur$: $100.00 dgn GCMAsia .Mereka beri bonus permulaan $ 100..00 disamping modal saya. Bila saya rugi $ 100.00 mereka minta saya tambah pelaburan. Mengapa mereka tidak benarkan saya guna bonus $ 100.00..Mereka tarikbalik bonus. Kenapa.
Bonus tu tiada nilai pada mereka. Mereka mahukan duit pelabur. Barulah masyukkk!
Sebab GCMASIA SUDAH DIIKTIRAF PENIPU DAN TIDAK BERDAFTAR PON UNDER FCA. Unregulated broker.
Pilih la broker lain byk lagi
Terima kasih tuan,moga allah merhamati..amin
Terima kasih tuan,moga allah memberkati kita semua amin
Assalamualikum Tuan Khalid, saya masih newbie dalam forex dan saya masih belum pernah pun trading hehe. Saya hanya trade akaun demo sahaja dan baru baru ni saya sudah pun order TFS dari tuan maklumlah saya ingin menimba ilmu dahulu dalam forex. Saya agak tertarik dengan FxUnited. Salah seorang rakan saya merupakan trader di Melaka dan dia pun ada buat sesi coaching setiap minggu. Apa yang menarik perhatian saya ialah CGAT iaitu robot yang boleh trade akaun kita secara automatik dan kita akan memperoleh pulangan setiap bulan 10%-12%. Untuk maklman tuan, rakan saya boleh dikatakan mantain dengan profit yang diperolehi beliau. Apakah pandangan tuan mengenai FxUnited? Adakah munasabah jika saya trading menggunakan broker tersebut?
Salam tuan. broker yang memberi pulangan tetap setiap bulan tanpa perlu buat apa-apa (skim forex) adalah amat berisiko tinggi. Sejarah GwG FX mungkin berulang. Hati-hati ya tuan. Sekian pandangan kami
Thanks sir khalid atas nasihat n perkongsian maklumat tu..
terima hasih tuan guru kh,saya belum pernah trde.baru kumpul duit nak beli buku tuan hehehe..
Terima kasih Tuan, usefull info untuk orang baru macam saya…
Terima kasih kepada master khalid.satu post memberi kesan yg besar kepada kehidupan orang lain.terima kasih 🙂
sama2 tuan 🙂
Teruskan niat murni tuan..
Supaya ramai yang akan mendapat manfaat drpd posting tuan..tqvm atas nasihat tuan.
Terima kasih TFs…nasihat yg betul2 bernas…xde kesenangan dr jln yg singkat.
Alhamdulillah,dn terimakasih saya ucapkan atas pesan serta nasihat dari Tuan,ia sngt bermanfaat buat semua,
Assalam tuan… kalau EXNESS apa pndpt tuan?
Exness bagus, tiada masalah 🙂
Terima kasih boss atas perkongsian..
Terimakasih sangat sangat infonya tuan
Terima kasih… Saya dah kena 2x dgn skim forex, lesap RM250K… Percaya kerana jiran yg introduce dan dapat pulangan yg lumayan, yg sedihnya dapat personnel loan 100K, masuk je terus lesap, kena lah bayar loan tu for nothing. Yg terbaru kend lagi CPO trading, juga baru masuk terus lesap 45K… Tak de rezeki. Betul kata En.Khalid, kalau ada ciri diatas tidak boleh dipercayai… Sekarang baru belajar sendiri dgn TFS, buku dah beli dan baru belajar demo… Hope dapat continuous support dari TFS. Terima kasih.
Info.. yg sangat berguna.. semoga Tuan dirahmati Allah
S. W.T Aamiin..
Terimakasih tuan. Peringatan amat2 penting.
Terima kasih tuan.
[…] Tak tau boleh belajar. Kalau tak nak belajar inilah padahnya. Ada modal baik trade sendiri. Orang yang minta duit investor ni selalunya tak ada modal. Kalau ada modal orang tu dah trade sendiri dah sebab 100% profit (atau loss) dia tanggung. Buat apa dia nak kongsi. Pada saya tak masuk akal langsung lah (melainkan duit komisen trade jauh mengatasi profit dia trade sendiri. Ada saya sentuh DI SINI). […]
Salam tuan khalid. . Sy berbangga sebb tuan bnyk bantu dari segi beri ilmu dan bnyk nasihat . . Wlaupn sy x mmpu nk blajar ilmu tuan, tp sy suka dengan cara tuan mengajar dlm youtube. . Dari situ sy blh blajar dan fhm pe yg tuan ajarkan. . Cre tuan ajar mmg terbaik . . Sy doa kn tuan dipanjg kn umur dn dimurah kn rezki. .
tqvm atas sokongan tuan 🙂
Salam dan selamat pagi…
Ikut cakap Tuan Khalid klau nak berjaya, kalau ikut kata hati… Terpulanglah dengan diri sendiri…
Dalam mana-mana buku ada tulis, untuk menjadi orang yang berjaya, berkawanlah dengan orang yang berjaya…
Tuan khalid adalah orang yang berjaya didalam industri ni, setiap update blog dia saya akan baca sehingga habis… Maklumlah budak baru huhuu…
Tuan khalid cadangkan, trading la sendiri dan fahami konsep trading yang betul dan bermula dengan demo akaun, tapi kalau rasa² nak trade real money ingat satu je “Risk Management & Money Management” tanggung sendiri.
Usaha Tangga Kejayaan.
Jom sama-sama kita usaha, supaya hasil tu nampak dan sekaligus menjadi seorng yang berjaya dimasa hadapan.
Saya berharap suatu hari nanti saya dapat berjumpa dengan Tuan Khalid.
Assalam tuan,nak tnya psl gcm asia ni betul ke?
salam. elok jauhkan. ramai sangat yg buat aduan. tq
assalamualaikum en.khalid,
macam mn sy nak berhubung dengn en.khalid secara personala.
sy berminat nk belajar menimba ilmu dengab en.khalid
faizul dari gombak
mdfzulq@gmail.com
salam tuan faizul. boleh contact beliau dengan menghantar email ke support@forexsebenar.com atau PM di FB beliau ya http://www.facebook.com/khalidtfs
Terima kasih ..info yg sangat bermanfaat
Thanks Master it such a very good advice to me and everyone how like to involve in forex business.
salam master Khalid,
ada member kata masa kita trade dlm acc demo kita selalu untung. ini kerana diaorang sengaja bagi kita untung untuk menarik minat kita mencuba real acc.komen master???
sama je real & demo. emosi kita sahaja berbeza. demo ni hentam apa entry pun kalau rugi kita tak rasa apa2. tapi kalau real account kita trade macam demo memang merana lah 🙂
salam master khalid, teknik inside bar ni boleh digunakan setiap hari atau utk hari2 tertentu sahaja. maksud saya kejadian indise bar memang berlaku setiap hari……….
Terima kasih sifu master,byk info,penerangan dan tunjuk ajar samaada yg positif n negatif yg sifu master beri,walaupun saya masih peringkat menyusu(demo),hehehe..moga sifu master dimurahkan rezeki sekeluarga…amin…torbaik..
Assalamualaikum Tuan Khalid Hamid, ada ke demo forex yang modal mulanya 50 dollar ke 100 dollar je? Kalau Tuan boleh cadangkan yang mana.
ws. takde tuan. paling kecik usd5000. kalau real account ada lah tuan
Comment:Assalamualaikum,,,
Tuan Khalid Hamid
kmi ucapkan ribuan terima kasih
dari perkungsian Ilmu,,Tuan
kami benyak belajar,dan dapat Pengetahuan
yang jelas dari FOREX SEBANAR.
kami Jugak beru nak belajar tentang FOREX
dan berbagai System yang kami dapat baca Infonya
Alhamdulillah,,,Syukur
Dari bantuan Tuan khalid Hamid
kami banyak dapat Idea dari Tuan.
Wabillahi Taufik wa’hidaya…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuho.
Daripada,
Mazlan Ismail
mazlanismail481@gmail.com
Lahad Datu Sabah
ws. sama-sama tuan. selamat maju jaya. tq atas sokongan 🙂
salam.. mana cun utk trade forex..xm?gcm?ka..mana baik lagi?..cadangan plzz..
salam. itu semua broker boss. mcm kereta la. kereta ada macam2. tapi tak pandai drive & takde lesen tetap tak leh drive juga. 🙂 broker kami recommend fxcitizen sahaja. utk teknik pula selain TFS kami syorkan belajar dgn Mansor Sapari SND, Zul & Baha Fibo Musang dan lain-lain ya. tq
Assalamualaikum tuan khalid, nak tanya fxcitizen tu aplikasinya yang mana satu ya? Boleh ka kiranya tuan memberikan link atau petunjuk untuk ke fxcitizen
Sekian dari buah cempedak diluar pagar
Ws tuan. Boleh klik link ini utk dapatkan panduan PERCUMA: bit.ly/panduan-broker-fxcitizen tq. 🙂
Dan juga bagaimana nak dapatkan panduan dari tuan seperti buku, dvd dan sebagainya
Sekian terima kasih
Boleh dapatkan di sini ya: bit.ly/tfspriceaction (panduan belajar sendiri) atau bit.ly/tfspatmasterclass untuk dapatkan panduan fx + saham + belajar face to face. tq 🙂
ASSALAMUALAIKUM TUAN, terima kasih banyak2 atas informasinya,sangat2 membantu,saya dah lama follow video tuan teringin nak beli TFS,setakat ini masih kumpul duit nak beli..insya ALLAH saya akan beli dlm masa terdekat. YUSUP DARI JOHOR BAHRU.
salam….nk tnya en.khalid apa beza real akaun n demo akaun???? saya baru nk belajar pasal forex trader ni…mohon penjelasan…terima kasih
salam. real = duit modal kita, demo = duit virtual. itu saja bezanya. nak berjaya, kena asah skill guna real account. mulakan dengan modal USD50-100 dahulu. tiada guna modal besar jika modal kecil pun tak boleh kawal. terima kasih
Sallam….tq tn khalid,atas nasihatnya yg berharga ini….hanya malangnya ,saya dah terlajak menjadi sebagian dari sekian banyak yg kna tipu ….hanya saya merasa bertuah,dapat terjumpa blog teknik fotex sebenar,…sehinggalah saya dapat memiliki ebook dan dvd hasil karya tuan…bagi saya ianya terlalu rendah untuk di sebut buku….bagi saya itu lebih dari sekedar buku….tapi ILMU…. ilmu yg tidak mudah dan murah untuk kita dapat…saya merasa sangat beruntung, mendapatkan ilmu itu….sehingga dari tak tau itu forex…kini sikit2 mulai paham ap itu forex….hanya saya belum mampu menjadikan forex itu satu bisnis yg menjanjikan…dan saya berharap buku hasil karya tn khalid…dpt menjadikan saya ,sebagian dari orang yg mahir dlm trading forex….semoga tn khalid senantiasa di berkati…..amin..
Tq atas kheiklasan tuan yg tercurah dlm ilmu tfs itu….
Maaf la nk tanya tuan klu akaun kita sdiri dn trade sdiri tpi hal pemantauan trade d bt olh manager acct forex.blh jln tk pelaburan forex saya ni.
bahaya tuan. tak tau lagi manager tu boleh trade betul2 ke tidak. lebih baik urus sendiri. jgn mudah percayakan orang bab bab duit ni ya. tq
Tuan forex ni klu trade sendiri pun ada broker yg boleh tipu duit jugak ke camne makna trade forex ni masalah dia fund yg kita depo tu tak tentu selamat ke
ada! sebab tu kena pilih broker yg betul2. kami hanya syorkan fxcitizen dan fxprimus sahaja. broker2 lain kami tak pernah guna jadi tak boleh nak bagi review ikhlas. fxcitizen je dah 4 tahun kami gunakan. tak pernah ada problem 🙂
Salam tuan..ada apk utk fxcitizen/fxprimus?? Sbb sya bru buat acc utk x trade..31 ni dia sruh sya depo 470 utk afktifkan acc sya..klw dah aktif..sya akan dpt rm600 brsama 25$ bonus x trade dan 30$ verification id sya..klw dah aktif..sya boleh withdraw rm600 tu..bonus depavali thun ni..2017..sya berminat..ada apa2 yg boleh tuan bntu utk sya?? Rekomen trade mana yg bgus utk kslmatan..
salam tuan. mengarut semua tu. kalau buka dengan fxcitizen boleh start $50. fxprimus $100. tak perlu sampai $470. bonus2 lain tu tiada cash value. tak boleh withdraw pun. tq
Salam, nak tanya ape pendapat en khalid tentang tgiger FX..pelaburan ni agak baru..jadi saya minta pandangan tuan,tq
salam tuan Hanafi. kalau ada ciri2 seperti yg disebutkan jangan libatkan diri lebih baik. tq
Maaf Tuan ingin bertanya,
Saya sekarang melabur dlm sfx market, pulangan dlm 5 peratus sebulan, itu pun tak tetap bergantung kepada trade. Statement trade akan diemel waktu sekira akan trade semalan. Saya ada akaun investment.
Adakah sfx ni selamat.
Terima kasih Tuan
hello tan. kalau ada ciri2 seperti yg disebutkan jangan libatkan diri lebih baik. “fixed return” boleh kata 99% adalah scam. tq
Maka dari itulah pak cik ketika kita memilih broker maka kita harus pilih broker yang benar-benar membuat kita nyaman untuk melakukan trading dan yang terpenting telah teregulasi dengan jelas agar bisa mengelola akun dengan baik. Untuk trading saya mempercayakannya kepada octafx karena telah teregulasi dengan jelas dan ada perlindungan saldo negatifnya
iya bener pak
terima kasih
GCM ASIA ok tak tuan Khalid?pihak broker adA guide dan bg info untuk trade
kalau ada ciri2 seperti yg disebutkan jangan libatkan diri lebih baik
adakah tuan masih trade guna broker GCM ASIA ni?
Saya baru masuk GCMasia dan bank in rm430 kemarin 1okt2019, hari ini mereka dah senyap, memang penipu tu gcmasia, caranya seperti yang diterangkan oleh tuan khalid di atas, malangnya hari ini 3okt2019 baru dapat baca blog ini! apa pun terima kasih kepada tuan khalid kerana telah mencipta blog ini yang mana telah membantu ramai orang untuk maju dan daripada ditipu.. Semoga allah membalas semua jasa baik tuan,
sekian terima kasih
Mangsa GCMasia
Sama2 tuan. Masih ramai yg terkena nampaknya. 🙁
Tuan Khalid..Bit Forex macam mana?
Hai. Maaf tak pernah dengar. Tq
Assalamualaikum, Terima kasih ,Tuan Khalid infonya
ws sama2 boss
Salam..sy terkena dengan gcmasia..penipu hangit… Jangan percaya..scamm 100000,% sy dah kena 1k usd
Salam. tq kerana sudi berkongsi pengalaman. kami bersimpati atas apa yg menimpa tuan.
Assalam GCM asia mcm mn ye ok ke x?
ada lagi ke broker tu tuan?
Gcm asia mcm mn ok ke x ye tuan?
ada lagi ke tu?
Assalamualaikum, kepada semua pelabur baru jangan terpedaya dgn GCMAsia tu. Ramai kwn2 saya ditipu duit, semua profit x dpt withdraw. Apabila org nak wdrw, Acc mgr block korang..duit lesap tu saje. Lagipun ia dliharamkan oleh bnm dan tiada lesen kawal selia. Ia gunakan lesen fortrade utk menipu orang. Harap mesej ni hulurkan kpd org ramai
Salam tuan gcm tu ade ok ke kalau trade dlm tu mintak penjelasan
salam. sila baca komen2 lain ya
Salam tuan,terimakasih atas infonya & ilmu yg diberikan,masani saya budak baru mencari ilmu tentan trading dlm forex, Jazakallahu khairan khatira….
sama2 tuan haji
GCM Asia siap call & whatsApp sy kata boleh guide
cubalah tuan tapi limitkan risiko ya. jgn lah tak yakin tapi pergi depo USD 10,000 pula.
Hi…saya ada pengalaman dengan GCM asia ni…mula2 memang nampak professional…siap call dari Hong Kong dan boleh guide melalui wechat dan yang bercakap tu org Melayu…lepas duit masuk dalam acc,komunikasi berkurang…acc manager macam c*b*i…dan bila nak withdraw duit buat2 lambat….kalau akaun tak aktif sebulan terus kena buang dari group wechat..no courtesy to inform trader…personally XM dan instaforex lagi bagus customer service dia berbanding GCM.
if like that better stay away looo
Assalamualaikum, kepada semua pelabur baru jangan terpedaya dgn GCMAsia tu. Ramai kwn2 saya ditipu duit, semua profit x dpt withdraw. Apabila org nak wdrw, Acc mgr block korang..duit lesap tu saje. Lagipun ia dliharamkan oleh bnm dan tiada lesen kawal selia. Ia gunakan lesen fortrade utk menipu orang. Harap mesej ni hulurkan kpd org ramai
terima kasih tuan
sama2 cik Rohima
Salam tuan..sya bru buat id dlm x trade..31 hb 10 2017 ni..sya kena depo rm470 utk aktifkan acc sya dn sya boleh withdraw rm600 bonus x trade utk depavali..lpas dah aktif acc..org ni bg tw akan hntr sya ke management utk bljar cara2 trading..ksluruhannya..apa pndapat tuan ?? Diorg akan ajar sya trade melalui calling..
salam tuan. mengarut semua tu. kalau buka dengan fxcitizen boleh start $50. fxprimus $100. tak perlu sampai $470. bonus2 lain tu tiada cash value. tak boleh withdraw pun. tq
Nasib baik terbaca info tuan semoga tuan murah rezeki.
aminnn tq
Terima kasih tuan sifu Abang Lid kerana memberi nasihat yang terbaik .Saya sudah banyak kali terkena benda benda macam tu sahingga habis duit KWSP saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Sifu. Abang Lid kerana memberitahu perkara sebenar.Sekarang baru twngah simpan duit untuk buka account dengan TFS Tuan Sifu Abang Lid…..Tq
sama2 tuan semoga ia jadi pengajaran berguna buat kita semua
Terima kasih tuan Khalid Hamid. Info yg tuan kongsikan sgt berguna.
Assalam tuan
Bagaimana pendapat tuan tentang GCMASIA
ws maaf tuan. ada cerita kurang enak tentang GCM Asia, tetapi ada juga cerita enak. kami tak pernah guna servis mereka jadi kami tak dapat berikan review yg adil. kami syorkan tuan cuba tanya dalam group2 forex di facebook ya. tq
Better jangan. Mula2 je janji nak ajar. Bila dah open account, pass-pass kite macam bola. Nak Withdraw punya susah, contact pic buat tak layan. Kate dekat hongkong tapi sebenar nya semua duk malaysia.
Sembang belit2. Kejap ckp dkt Hong Kong. Lps tu ckp kt klcc. Bile mntk alamat tergagap nk bgtau..fxcitizen,xm, exness ok. Gcm time msuk duit laju, nak keluar kn blk mkn minggu. Ade member terus tk dpt. Kesian kt newbie2 mcm Kami nie..
before this ade yang komen dkt blog ni siap bg alamat lagi. duit tak kasi keluar pegi je ofis dia
Assalammualikum tuan saya nak tahu sejarah broker GCM Asia adakah broker ini boleh di percayai.
ws maaf tuan. ada cerita kurang enak tentang GCM Asia, tetapi ada juga cerita enak. kami tak pernah guna servis mereka jadi kami tak dapat berikan review yg adil. kami syorkan tuan cuba tanya dalam group2 forex di facebook ya. tq
Salam tuan, nak tanya bagaimana dgn Octafx ok ke tak? Tak banyak info atau event pernah buat, akaun terbaik agak murah 50 usd apa pendapat tuan?
salam. octafx ok tuan. established juga broker tu
Cik mus blh pm sy x..nk tnya psl forex ni..fb sy ibu qema..@ ws sy kt 014 2161491
Salam tuan. Nak tanya, broker gcmasia tu scam ke tak?
salam. tak pernah guna la tuan so tak boleh nak komen
Scam. Ckp nk ajr lps tu lesap. Terkapai2. Mintak duit kemain mse mule2
iye ke……teruk mcam tu……mcm mana nak buat? saya dah belajar demo dari gcm…….
Saya dah belajar demo juga. Baru bulan lepas sy deposit, alhamdulillah setakat ni belum lagi sy ada masalah withdrawal profit. Sy dulu pun dulu ragu2 jugak.
Camna withdraw?senang ke?minx IBAN bagai.macam payah je
Camne awak withdraw?cer kongsi kat sini. Nak withdraw punya main susah.siap minx IBAN bagai.
saya punya okey je . . . analisis dapat setiap hari dah dekat 7 bulan. untung rugi standard la broo
Withdraw semua xda probleam ke? Ngat nk try
Salam tuan. Saya pengguna broker XM. Adakah bank akan terima kalau keuntungan forex sebagai side income untuk buat loan kereta atau rumah? Perlu ke tunjuk statement dari akaun XM? Sekadar ingin tahu. Terima kasih.
salam. bank takkan terima tuan. sbb income yg tidak stabil. tq
Sy pun nk melabur dlm xm trading… boleh bagi cadangan broker mana yg dipercayai??boleh email sy..
Hi rose. Kami hanya syorkan fxcitizen sahaja. Dah 7 tahun kami guna. XM pun ok juga. Tq 🙂
Salam Tuan, 70Trade ok ke Tuan?
slm. maaf tak pernah dengar
Assalam….betul apa yg tuan kh tulis tu..
Rezeki sendiri pun x leh nk jamin..inikan rezeki org lain….mengarut semua tu….
Yg sepatutnya kita cari adalah ILMU UTK TRADING FOREX.. bukan bg duit kat org utk trading…RISIKO DAH NAMPAK KAT SITU…klu sanggup tanggung risiko tepuk dada tanya selera! Tuan kh dah jelaskan mana yg patut trader fikir sebelum depokan duit!!!!
Lu pikirlah sendri…
ws iya benar tuan. jgn fikir nak untung cepat & mudah saja 🙂
Assalam Tuan Khalid. Nak tanya saya gunakan broker liteforex malaysia. Ok ke broker ni. Saya kurang pengalaman. Tkasih..
ws ok tu tuan
Assalamualaikum Tuan
Terima kasih Tuan kerana berkongsi ilmu dan tips berkaitan Forex.
Saya masih baru dlm mengenali dunia Forex..
Cuma saya hendak berkongsi pengalaman dgn Tuan yang lebih arif dan saya hendak bertanya berkaitan ketelusan broker seperti FXCM dan InstaForex, adakah broker ini boleh dipercayai?
Saya pernah pkai broker FXCM thn 2013-15 sblum saya tdk aktif bidang forex slama 3 thn. Al-hmdulillah pengurusannya memang telus. Withdraw mmg tak pernah gagal
Cik @zain13 blh pm sy x..nk tnya psl ni la..ibu qema..@ ws sy 0142161491
Salam, nak tanya pandangan mana2 pembaca komen atau atau dapat share berkenaan GCM Asia, adakah perkhidmatan broker GCM Asia ok atau sebaliknya,
SALAM SEMUA , SAYA ANTARA PENGGUNA SERVICE GCMASIA , BEFORE TU SAYA DAH TRY BANYAK SERVICE DARI SYARIKAT LAIN , CUMA DI GCMASIA NI SAYA DAPAT BENEFIT LEBIH MACAM ANALISIS , PENASIHAT, EVEN TAK SELALU TAPI STILL MEMBANTU DARIPADA KENA CARI SUMBER DEKAT ORANG YG KENA BAYAR. NAK CAKAP PASAL SERVICE , SEMUA SYARIKAT ADA PRO AND CONS , BUT SAYA DAH JOIN ALMOST 2 YEARS BERMODALKAN MINIMUM SAHAJA 101USD SAMPAI SAYA BERADA DEKAT TEMPAT SEKARANG. AWAK KENA INGAT DALAM PELABURAN NI TAK BOLEH TAMAK NAK CEPAT UNTUNG BESAR KALAU MODAL KECIK. AWAK SEMUA KALAU SIGN UP DGN SYARIKAT YG MODAL KECIK TAPI TAKADA BENEFITS TAK GUNA , KENA BAYAR DEKAT ORG LUAR PULAK . . .
GCMAsia ni okay ke? awk trade disitu ae? besar tidak modal?
Tumpang..setakat ni saya da 1 tahun brsama gcmasia…saya rasa oke je sbb tiap hari dapat signal(analisis)daripada gcmasia..so sng kerja..hhehehehe
mcam mana pengeluaran… sy baru masuk nak feedback gak
ini mesti salah satu account manager dia. spanjang saya melabur di gcmasia ni mula2 je manis dah lama dia tggalkan terkontang kanting. saya ada baca dulu ada org reveal alamat gcmasia ni kat one city subang tapi ramai member wechat yg extrader gcm asia ni pg check tp management one city bgtau dah pndah. x tau dah lari mana tapi kalo x salah buat apa nak lari kan. Kami extrader gcm asia ni masih mncri lagi diman lokasi gcmasia. kalo kami jumpa mmg kami report polis. hati2 la trder semua kita semua nk berjaya tp knapa masih ada yg sggup mnipu org utk berjaya. mmg la main forex ni kna hati2 tapi gcmasia ni bg maklumat salah lpstu claim tersalah info. nak withdraw balik duit lpastu haram sorg pon x layan. last2 duit lbur
Tuan alias boleh contact saya 0127149114
Betul tu bro, saya sokong 100% sah nih mesti kakitangan syarikat penipu tu
Ni konfem staff gcmasia.
Salam.. encik Khalid nie seorang trader ke? ataupun encik seorang IB?
salam Nurin. dua2 lah. IB fxcitizen & fxprimus, dan juga trader + pengajar di http://www.forexsebenar.com 🙂
ooo… patut encik promote fxcitizen & fxprimus.. hehehe…
ala nurin , semua broker ok just atas kita jugak , itu penting company provide analisis atau tak . . . dari pergi seminar kena bayar mahal pastu nak buku forex pun kena bayar , sedih la Malaysia ni *kidding haha
betul tu. tapi broker lingkup @ bawa lari duit nanti tukar broker dah tak reti lah cari duit sendiri sebab mengharapkan signal. bukan semua broker bagi signal woo
kuat marketing en khalid ning hekhek
hahaha
Salam tuan khalid.. Saya masih baru dalam trading ni. Baru 2 bulan.. Nak minta pendapat tuan Khalid, kalau platform itu provide kan service consultant mcm analysis ( teknikal & fundamental ) utk traders mereka. Ada kah platform tu boleh percaya? Memandangkan tuan lebih pakar dalam forex kat malaysia ni
salam. tidak juga. analisis mereka sama juga mcm orang lain, kadang profit kadang loss. semata2 sebab ada analyst tak boleh menentukan broker tu legit atau tidak. kena tengok faktor2 lain juga ya. tq
Salam tuan khalid.. Saya masih baru dalam trading .. Baru 2 bulan. Bagi pendapat tuan, kalau platform tu provide analysis (Teknikal & fundamental) utk traders mereka.. Adakah platform tu boleh dipercayai? Saya percaya tuan lebih pakar dalam forex trading dalam malaysia ni.
salam. tidak juga. analisis mereka sama juga mcm orang lain, kadang profit kadang loss. semata2 sebab ada analyst tak boleh menentukan broker tu legit atau tidak. kena tengok faktor2 lain juga ya. tq
Assalamualaikum tuan..sy nk tya..Klau GCMASIA tu mcmna..sy br nk bljr.
ws tuan boleh baca dlm komen2 ya. kami tak pernah cuba lagi
Salam tuan khalid, nak tanya PTFX and Pruton Mega Holdings sama adalah Scam atau Real Betul punya forex Trading Broker ?
Salam. maaf tuan tak pernah dengar @ trade pakai khidmat mereka. Kalau bagi untung tiap2 bulan, itu scam lah tu ya. tq
Sy sorg trader Di gcmasia sejak Dec 2017..modal 101 usd, mula2 sy nak Cuba withdraw profit 200% tp xjadi, account manager ckp syg bonus cancel kalau withdraw, selang brapai hari profit dh Naik lebih 700%, nak withdraw 500%..call pnya call, chat dgn server, WhatsApp dgn account manager, email ke info@gcmasia.com, smpai skrg duit xmasok²,mt4 xdeduct².. xpasti scam atau tidak, yg pasti service xbgus..hati² lah sesiapa yg tengah on the way deal dgn gcmasia, kalau nasib xbgus,mcm sy la jadinya, loan payment delay, hutang lain tertangguh..duit hanya dlm bayangan, smpai USD pun Makin drop nilainya buat masa ni.. jaga² lah dengan langkah anda..tengah kecewa jgk ni
Tq sudi share pengalaman tuan. Hari ni dah 23 Januari masih belum dapat ke duitnya? Anyway sebab tu kami syorkan Fxcitizen sahaja sebab dah 5 tahun kami guna. Tak pernah lagi orang komplen tak dapat withdraw.
Haha,ya xmasok lagi..entah lah en.khalid..apa la nak jadi
Gcmasia penipu guys.. deposit mmg mudah..sekali nak withdraw,tak layan Lansung..Aku dah tertipu oleh account manager,dia block WhatsApp Aku,pihak server plak xdpt tolong withdraw,Hairan betol..Aku withdraw Dari Dec 2017..smpai skrg blom terima 1 sen pun.. request brapa byk Kali pun xguna..beware especially account manager bernama awin.. sweet talker, Cuba withdraw mmg dia xlayan
Wow teruknya begitu. semoga jadi pengajaran buat yg lain
Assalamu alaikum…tuan saya pun kena ngan gcmasia…selepas 3 ari semua dia block…mungkin platfrom tu ada , tapi ada yg menggunakan gcmasia untuk menipu..huhuhu…sabarlah. ..
Sama bro..kita mangsa yang teraniyaya…tapi apa pun lapangkan dada..insyaAllah akan ada yang lebih baik kalo kita tak berputus asa…
la yaka. saya setakat ini dgn dia okay shj dia tolong buat banyak kt sya. mungkin awak salah isi dekat web sait tu dan ada isi borang setakat ni alhamdulillah dapat withdraw byk dia pun byk bantu. cuba whatsapp baik dgn dia akan tolong tuan maaf ya
saya nak tanya .. apa name acc manager cik ye ..?
Agak2 mgkin awak account manager Tu Kan?
Duit tak kasi keluar, cuba try walkin minta withdraw di reka advisory usj one city
Same here….GCM cibai
Betul saya dah minta waktu sejak Ramadan pada acc mangrupa awin,x dpt hingga skrg…orgnya kasar kalau menjawab,x spt mulai join…saya argue dia dan dibalas saya kurang ajar, betul ke macam tu…
Sama bro..kita mangsa yang teraniyaya…tapi apa pun lapangkan dada..insyaAllah akan ada yang lebih baik kalo kita tak berputus asa…
alhamdulillah so far saya guna guna ok je.. dah dapat pulangan modal pun..
kalau kita trade sendiri tapi melalui broker2 di Malaysia mcm mana pula?
malaysia tak ada broker. BNM tak benarkan. yang ada cuma IB sahaja tuan, iaitu ejen yg mempromosikan broker tersebut.
FBS ok x tuan? saya pernah tengok senarai broker, FBS sebaris dengan XM… apa pendapat tuan?
OK tuan 🙂
Tuan, sy baru msuk gcmasia, acc manager yg guide sy, siap call dgn wspp lg, katanya “sy bkn egent atau broker, sy adalh acc manager” dan dya ckp lg yg dya dr KL. .sy ragu2,apa pendapat tuan?
Sy baru dlm demo account dkat gcmasia, guider Oleh acc manager, dan pling minima modal 100usd.. Katanya lg dya dr KL, bkn agent atau broker. Apa pendapat tuan?? Sy baru umur 19 dan sy prlu bnyk bimbingn dr tuan
Kalau konsep dier org tu ajar kite trade then kite trade sendiri..guna acct sendiri..modal 1kali seumur hidup..untung tak tetap..buy/sell kita buat sendiri..tapi dier bagi advise..adakah betul cara forex sebegini tuan?
ya betul caranya selagi tiada sekatan utk kita keluar duit kita bila-bila masa ya. tq
Assalam tuan khalid, Kalau Instaforex mcm mana tuan?atau tuan ada cadangan?kalau boleh nak belajar dengan modal yang sikit.sbb masih baru nak timba ilmu dalam dunia forex ni.
ws. instaforex ok. kami cadangkan fxcitizen sahaja sebab dah 5 tahun kami guna tanpa sebarang masalah. malah kami juga dilantik sbg local depositor utk memudahkan klien depo & withdraw dengan pantas 🙂 boleh rujuk post ni: http://www.forexsebenar.com/blog/kelebihan-panduan-buka-forex-real-account-broker-fxcitizen/
GCMasia.com ada kah forex yang sah atau scam forex
Tak boleh cakap scam atau sah, cuma boleh cakap banyak aduan dari orang ramai
Slam tuan saya nak tanya GSM ASIA ok ke tuan
Tak ok lah. Banyak sangat orang komplen dalam ni
salam tn khalid . kalau nak bagi verified acc perlukan masa berapa hari ya?
salam. dalam masa 24 jam sahaja
mcam mana sy nak join
join apa ya tuan?
Salam tuan, nk tnya IQ OPTION trader tu ok ke tuan…?
ws. itu bukan forex tu
terima kasih banyak, barokallah
salam tuan, broke GCMAsia trusted ka?, mnjnjikn 100% bonus deposit. brdagang 10 LOT baru bole WD bonus trsebut, apa tuan punya suggestion? terima kasih tuan
salam. ramai kata scam
salam tuan, saya nak tanya GCM ASIA tu scam ke real forex broker? boleh ke saya trade guna broker GCM ASIA?
salam. ramai yg komen scam dlm ni
salam tuan. saya ada trade dengan gcmasia. setakat ni saya trade okay tiada masalah. dan saya ada juga tanya saya punya remizer pasal gcmasia ni scam ke apa kan. dia cakap setakat ni tiada masalah dengan client. selalu jugak saya dapat info pair apa nak trade jual dengan beli ni. minggu lepas saya ada buat withdrawal USD50 dan masuk dalam bank saya ambik masa 2 hari jugak lah. pendapat saya lah pasal orang yang kata gcmasia ni scam mungkin sebab pesaing dari platform lain ataupun salah sendiri. sebab saya kerja meniaga benda ni memang selalu saya tengok dan remizer saya pun ada bagi tahu juga yang banyak orang trade tak ikut signal dah lost salahkan platform makan duit diorang.
slm yaa kadang trader tu yg tak faham sebenarnya. signal kalau loss tak boleh salahkan broker. janji duit keluar masuk selamat ok lah
saya pun ada juga rugi masa buat trade dengan gcmasia ni sebab tak ikut nasihat remizer saya. setakat ni remizer saya cuba juga untuk dapatkan balik untung untuk ganti rugi saya tu. katanya kalau saya rugi gcmasia pun rugi. setakat yang saya faham dengan remizer saya ni signal untuk trade ni pun 80% boleh percaya. tapi beruntung saya ada remizer dari sebelum ni saya trade dengan exness takde orang tolong habis modal saya lenyap.
Tanya account trade awak tu a book ke b book. Modal bsr broker akn ltk duit awk dkt abook. Klu Modal kecik, dia ltk dkt b book. B book ni klu account awk lost. Duit awk masuk dlm company. Sbb ape?duit awk tak pnh masuk dlm market btl pun klu b book.
salam tuan nak tanya kenapa fxcitizen regulated by the Republic of Vanuatu Finance Service Commission eh? saya google just ada pulau besar langkawi je ??? saya masih cari broker yg ok just ada kawan kawan cakap kalau broker yg regulated dkat pulau2 macam St. Vincent and the Grenadines ni semua broker scam. Sbb dekat sana mmg banyak org buat syarikat haram utk black money and so on. knpa tak regulated dgn FCA or FSA ?
ws tuan. Kalau tuan nak FCS / FSA regulated, boleh guna broker seperti FxPro, Tickmill atau IC Market pun boleh.
Skg tgh hot skim bdig lagi ni. Kalau ikut article ni mmg da confirm scheme ni
salam encik khalid. fxcitizen ni atas lesen apa ya ? kenapa mesej yang saya post sebelum ni tak keluar ? encik khalid tapis ke ? sebab saya tengok tempat lesen tu kat pulau mana ntah.
salam. fxcitizen licensed in vanuatu
Saya ada pengalaman buruk bersama dgn gcm asiaTolong lah rakyat Malaysia hati2 dgn gcmasia ni. Tuan Khalid bantula educate rakyat Malaysia etapa parahnya terjebakndgn company scam mcm gcmasia. ksian mereka ni tinggi harapan lpastu sia2 kna tipu dgn company yg suka scam ni
Kalau yg GCMASIA cam mane menurut tuan khalid???dan satu lg (BDIG)BIG DATA INTERNATIONAL GROUP???
tumpang lalu…sy nk join forex.caner ye buka acc real
boleh klik sini utk dapatkan panduan: bit.ly/panduan-broker-fxcitizen
bos instaForex ok x
ok tuan
gcmasia penipu, office dekat subang summit saje, level 8
Broker fxcitizen ni ade trade index xtuan
takde boss
Sy kena tipu dengan GCM bulan ni 2kusd!! Gcm scam
aduh, kesian tuan. kami amat bersimpati
eo trade ok ke tuan
maaf tak pernah dengar atau cuba
broker XTRADE ok ka…minta jasa tuan beri pendapat
maaf tuan tak pernah dengar or cuba
Aku dah depo usd100 kat gcmasia.
Tp admin yg nk rekemen manager guide aku punya acc dpt pas smggu.
Sblm smggu admin kata kat aku tuan blh trade mcm biasa sampai aku mc.
Admin pun tak bagitau terma n syarat bonus blh cover equity ke margin.
Aku ingat blh cover equity 100%.
Pas equity aku jadi USD 99.90 je terus mc.
Sok je blh pula manager gcmasia call terangkan yg bonus tu tuk margin.
Macam 1 perangkap bila aku dah mc blh pula manager call nk tolong
Fuh sadisss…
Askm.
En khalid boleh call saya ada hal penting bkenaan xtrade.
No hp : 012 6229660
Pn nor
Trima kasih
Salam tuan Khalid mcm mna GCM Asia buat masa sekrang dah ok ke??? … Minta pndangan tuan untuk newbie dlm forex ni dan apa prlu saya buay untuk permulaan.
Salam. Elok jauhkan. Gunalah broker yg free from controversy contohnya macam Fxcitizen tq
Salam tuan khalid. Saya dah terjebak dgn GCM Asia ni dgn bermodalkan 100 USD. Macam mna dgn pandangan tuan yer ? Okay ke tidak broker GCM Asia ni yer. Saya bru jumpa page ni. Sekarang tgh proses utk pengesehan akaun selama 2hari. Bagi pendapat tuan boleh ? Saya dah takut dhni baca komen komen di atas. Tapi ad yang berita baik. Saya kurang yakin dah sekarang
Salam maaf baru sempat check. Kami syorkan tuan elakkan kerana dah terlalu ramai mengadu pasal mereka. Tq
sy prnh trade katanya dari gcm siap dtg jumpa lesap 20k ringgit malaysia acc manager lelaki pendek2 rmbt kerinting lupa apa nma dia dah setahun malas nk ingat, report polis mmg mls nk buat kena gelak jee nanti dgn polis, tp siapa jgn la percaya dah tekene den terhantuk2 kepala sndri
aduhhh, kami tumpang simpati dgn tuan. 🙁
sy nk tye kalu xtrade nie investment betul ke..?? klu sy mmg x pandai pasal investment or saham2 nie.. tp klu kita btul nk invest or main saham ada ke tmp yg btul n diiktiraf kerajaan…
Tipu tu tuan. Trade mesti SENDIRI. Kalau sekadar letak duit, itu besar kemungkinan scam. Tq
Puhh..hari ini saya hampir2 deposit RM430@100 usd dengan gcm asia. Nasib sempat google review dari korang. Terima kasih semua
Sama2. Share lah blogpost ni kpd orang ramai di luar sana ya. Tq 🙂
Boss nak tya GCM Asia nie boleh percaya ataupun scammer….
salam. elok jauhkan. ramai sangat yg buat aduan. tq
Saya dah tertipu oleh seorang pria yg nama FB nya Mohd Shahriman (https://www.facebook.com/mohd.shahriman.16718). Cuba tengok fb dia, ribu riban masuk. Bagi modal utk dia trade. Last2 hp, fb dan whatssap semuanya di blok. Tak boleh nak contact dah. Jadi tuan2, belajarlah trade forex sendiri jangan terkena macam saya.
Tumpang simpati dengan tuan. 🙁
Mohd shahriman Tu tengah active Cari mangsa.
salam tuan. contoh kalau saye trade 100usd dan compound sampai 200000usd. bole ke saye wd semua/sikit2 profit pakai local bank tanpa ada masalah? saye pakai xm.
boleh tuan
Assalamualaikum tuan..bagaimana dengan GCMasia tuan
salam. elok jauhkan. ramai sangat yg buat aduan. tq
salam tuan boleh saya tahu serba sedikit tentang GCM ASIA ni okay ke tak?
salam. elok jauhkan. ramai sangat yg buat aduan. tq
Assalam tuan
nak tanya pasal B4U
katanya ada daftar kt BNM
yang ni boleh percaya ke x ya
Ws. Mengarut je tu.
Bitfenex scammer ke? Saya dh terkena 16k baru.mcm fee kena bayar. Fee utk bnm,hasil dlm negeri lah.
Macam scam je tu tuan.
Tuan sy nk Tanya maytall tranding groop tu ok ke?
Maaf tuan tak pernah cuba.
Saya mendepositkan 100 USD ke pelaburan GCMAsia, tetapi selepas deposit baru saya datang, saya menjadi curiga apabila dia meminta gambar IC, lesen dan akaun terperinci. apakah kerajaan ini merupakan pelaburan saham yang sah? dan apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan kembali wang saya? terima kasih.
Cuba hubungi semula ejen mereka ya tuan. Semoga urusan tuan dipermudahkan. Amin.
Tuan, nak tanya, iqption.com. adakah ini syarikat yg legit? dah broker di malaysia = Option R Trading… legit ke mereka ni?
Maaf tuan tak pernah dengar.
Nk tyn tuan nk withdraw duit yg kte dpt dr trade ke akaun kte nk kne masukkan wang jaminan dlu ke tuan sblm dpt withdraw tu
Wang jaminan? Aduhhh, apa pula ni? Haha. Tak perlulah tuan. Kalau perlu broker tu gila lah.
Assalam tuan , saya baru nak berjinak dengan forex ni . Apa platform yang boleh guna ya ? Saya ada nampak iklan ” Octafx copy trading ” , mohon komen sedikit tuan , tq .
Ws. Boleh cuba apa kami guna sejak 2013 ya, iaitu http://www.fxcitizen.com & http://www.vamostrade.com tq.
Assalamualaikum tuan khalid. Nk buka akaun dgn GCM Asia. Siap minta detail account bank kita. Mmg mcm tu kah prosedurnya tuan. Tq
Ws. Jangan bagi. Bahaya tu. Kalau broker lain, masa nak withdraw baru dia minta no akaun kita.
Assalamualaikum nk tanye klw mula dh bagi deposit dlm rm350 pasti siap dia bagi web trade pastu dlm mase yg dia dh tetap kan tetiba profit jadi overtrade (lebih dri profit asl dia ckp) pasti dia suruh bayar cashout dlm 3k baru boleh keluar…. Tu yg kire betul ke x eee…
Ws. Tak betul gitu tuan. Mengarut lah.
Apa pandangan tuan mengenai octafx
Maaf tak pernah guna tapi rasanya tak pernah lagi dengar sesiapa buat aduan. Terima kasih.
Assalamualaikum . Nak tanya ni. Dalam banyak2 app forex ni yg mna app betul tak tipu.
Ws. App apa ya tuan? App tu guna utk trade sahaja. Keputusan nak buy atau sell kena buat sendiri. Kalau nak labur tunggu duit masuk itu skim forex yg ternyata memang scam. Tq
Assalamualaikun, En, sy nak tanya ..sy ada tengok iklan kat FB pasal iq option..sy try wasap orang tu..dia tawarkan macam ni:
*MODAL UNTUK LABUR DI IQ Option*
PLAN *FIRST*
*RM650 6 jam dapat RM4,190+*
*RM650 12 jam dapat RM7,880+*
PLAN *GOLD*
*RM1,250 6 jam dapat RM10,080++*
*RM1,250 12 jam dapat RM17,110++*
PLAN *KING*
*RM2,150 6 jam dapat RM26,130+++*
*RM2,150 12 jam dapat RM48,240+++*
Dia cakp, mereka akan laburkan modal pelabut dalam crypto currency yg berfaedah tinggi dlm masa pendek
Boleh percaya ke x ye..mohon pendapat tuan yg berpenglaman..terima kasih.
W’salam. scam tuan. Terang lagi bersuluh tu…
Assalamualaikum.. EN, khalid.. Bagaimana pula ngan Bit Forex.. Pelaburan nie betul ke tak ye.. Contoh kita dah invest.. N dia dah po jalankan.. Tapi dia minx duit lagi untuk jaminan.. Wang jaminan tu akan dikembalikan bersama profit setelah 2days dijalankan.. Adakah perkara nie betul atau scam..
Ws. Terang2 itu scam cik Ina. tq
trade online
masa 3jam masa 6jam
bronze (rm400) rm 3,800 rm 7,800
gold (rm1400) rm12,000 rm 23,800
platinum(rm3000) rm 25,000 rm 51,000
VVIP(rm5000) rm 45,000 rm 85,000
modal banyak ni dijanjikan pulangan feadah banyak ni,iklan di FB oleh egen xm.com
betul ke ni,trade online
boleh bagi pendapat tuan,terima kasih
mengarut je ni. jangan percaya lah.
Bang oleh sebab Package Bronze market terlalu aktif ni
Broker sama management kita urus anda ke Package Gold utk buat pelaburan baru
Nilaian Package Gold ni RM1400 bonus dlm profit. Total pulangan RM23800
Oleh ni harap bang blh buat tambahan utk ambil bahagian dlm Package Gold.
Tadi saya sdh nak process pulangan faedah dah. Tiba2 broker info investment Package Bronze penuh ni bang
Bang cuba minta kw2 lain tlg, lps bayar fee ni blh dpt pulangan tu
Saya call broker tadi bang, system telah letak acc invest bang dlm Packages Gold utk total pulangan RM23800 kerana penuh ni bang
Kena kena buat tambahan Rm1000 lagi jadikan modal 1400 baru saya dpt sambungkan process utk bang
ini mwasap mesel egen tu pada saya hari ni
egen fitri hp no 01162011326
mengarut je ni. jangan percaya lah.
Assalamualaikum tuan..fbs ok x
Ws. Belum ada -ve feedback yg kami dengar lagi. tq
Saya puan mas
Mula2 saya tertipu dengn pelaburan global market
Bnyk juga
Rm32800k
Lps tu ada gcm asia nmanya Fadil dan Nazif
Pujuk macam2 srh labur rm470
Dh labur nnty nk ajar akaun demo
Sampai kemasa ni dah dua buln senyap
Call till free pun tak wujud
ada satu company atas nama Ken Trade Malaysia. sahih ke syarikat ni tuan?
maaf cik tak pernah dengar.
Salam en Khalid klu yg jenis mcm diorang suruh kita labur ikut plan tu bleh caya tak…mcm plan A labur 400 2 hr dpt 4500..lpastu diorang ada bka account utk kta dpt login ke account dan lihat kmasukan duit dlm account..tp kna tnggu ckop time dia bru duit tu msuk real account bank kita…sbb bnyk sgt geng2 ni aktif dkt story fb…mnta penjelasan ya encik Khalid…buat msa ni fikir dlu sbb untung 10kali ganda…wlaupon tiap2 send testimoni wassap sy x layan lg…bnyk tu 400 klu dpt btol x pa laaa…klu x dpt rugi ja…trima kasih en Khalid.
Salam. Banyak dah benda macam ni sekarang. Ini scam. Sila jauhkan. Tq
Assalamualaikum cik..saya nak tanya betul ke kalau labul modal kecil dapat profit sampai 400% and then sampai Masa nk withdraw broker suruh depositkan 10% utk keluarkan duit..betul ke cik khalid???
Ws. Kalau deposit free atau bonus, ya broker ada kenakan syarat macam tu. Tapi kalau profit tu dijana dari modal yg kita deposit, mereka tak boleh buat macam tu. Mereka perlu bayar withdrawal tuan. Sebab tu penting utk guna broker yg betul2 strong supaya tiada masalah withdrawal. Tq
Assalam bagaimana sy nak mulakan pelaburan asas di dlm FXCitizen ni atau mana2 comp yg tuan khalid sendiri cadangkan?
Ws kena belajar dulu ya. Jangan terus fikir nak pakai duit betul selagi tak tau cara nak trade. Disember ni kami akan buat kelas online (OTW). Info lanjut boleh dapatkan di sini ya. Terima kasih bit.ly/tfspatotw
Assalam tn. Dalam FB dan Instagram Saya banyak masuk kempen forex. Cuma nak tanya: FBS dan HotFX itu wujud ke atau scam? TK
Ws. Kedua2 nya wujud tuan. Jangan risau. 🙂
Salam Tuan, saya bru je dlm xm. Skg guna bonus je. Kalau saya rugi, sy perlu bayar tak kerugian tu dgn duit sendiri?
Salam. Tidak perlu tuan.
Asslmkum tuan.saya nk bertanya ttg Syarikat Bit-Forex. adakah ia sah
Ws maaf tuan tak pernah dengar.