Cuba google “USD to MYR”. Ini cara paling cepat untuk tahu kadar semasa USD/MYR. Nak lagi tepat, untuk duit kertas boleh tengok DI SINI.
Hari ni RM4.45 per USD. Kalau keempat-empat perkara yang saya sebutkan ini berlaku, ianya boleh mencecah RM5.00 per USD! Untuk rekod, paling tinggi ialah RM4.71/USD pada Januari 1998 ketika krisis ekonomi.
Pertama (dah berlaku): Indeks USD telah mencecah paras tertingginya (102.12) dalam tempoh 13 tahun! Ia juga telah melepasi Resistance. Kali terakhir DXY (dollar index) berada pada paras ini ialah April 2003. Boleh lihat rajah di bawah:
Dalam analisis teknikal, jika rekod tertinggi untuk satu tempoh yang lama telah dilepasi, ia akan meneruskan kenaikannya lebih jauh. Lagi tinggi DXY, lagi tinggilah kekuatan USD. Bila USD makin kuat, maka tukaran USD/MYR akan turut serta naik.
Info lanjut mengenai sejarah DXY ada DI SINI.
Kedua (dah berlaku): Analisis teknikal USD/MYR di weekly chart menunjukkan harga telahpun berjaya close di atas resistance. Dalam dunia trading, apabila ini berlaku, harga dijangka mencari resistance seterusnya…
Saya mengaku saya bukan menteri mahupun ada PHD dalam analisis teknikal 🙄, tapi analisis Oktober 2015 saya sebelum ni dah pun mencapai targetnya. LIHAT SINI
Ketiga (dah berlaku!): Kadar faedah (interest rate) USD telah dinaikkan! Interest rate yang tinggi akan mengukuhkan sesuatu matawang, kerana pelabur akan dapat lebih pulangan. FOMC = Federal Open Market Committee, di bawah US Federal Reserve (macam Bank Negara Malaysia).
Keempat (bakal berlaku tahun 2017): Donald Trump akan mengambilalih tugas sebagai Presiden US bermula Januari 2017. Pada November 2016 ketika beliau menang pilihanraya dan memberikan ucapan “Makin America Great Again”, USD yang pada mulanya melemah telah menguat dengan mendadak! Jika beliau melaksanakan tugas dengan cemerlang bermula tahun depan, tentu sekali USD akan terus mengukuh.
Harus diingat, bila USD menguat, ia tidaklah bermaksud EUR, GBP dan lain-lain matawang tu akan menguat. Mungkin kadar tukaran USD makin tinggi, tapi matawang lain lebih kurang sama je. Jadi, jangan keliru di situ ya.
Apakah antara impak USD menguat ni? Paling ketara tentulah harga import barang siap dan bahan mentah akan naik sebab USD adalah global currency untuk international business. Namun jangan kita lupa, EXPORT kita juga akan bernilai lebih tinggi. Kalau saya jual barang kepada rakyat US (melalui Ebay misalnya), saya akan dapat income dalam USD. Dulu kalau untung $10 = RM38.00, sekarang dah jadi RM44.50!
Zaman sekarang dah jadi “dunia tanpa sempadan”, bukan macam dulu. Kalau matawang kita lemah, kita carilah jalan untuk dapat bayaran dalam matawang lain. Anda boleh bekerja di luar negara, atau pun berniaga dengan mereka secara online. Takkan nak tunggu ringgit mengukuh semula baru kita nak bertindak? Lama nak tunggu tu… lebih baik anda ambil peluang yang ada sekarang ni.
[[Nak belajar jana income dalam USD? —> KLIK SINI]]
Silakan SHARE blogpost ni dengan rakyat Malaysia yang lain ya! 😀
Jika anda ada sebarang pertanyaan sila komen dalam ruangan di bawah yer 🙂
Yang Ikhlas…
KHALID HAMID @ ABANG LID
TFS PRICE ACTION TRADING
Panduan LENGKAP TRADE CARA PRO!
Pilihan 15,000+ Traders Malaysia, Singapura, Brunei Dan Indonesia
www.TFSPRICEACTION.com
Comment:aku mesti dpt $$$$..mhu usaha lg…blh tah sponser $$$$ tmpt aku..
Asskum….terima kasih abg li,saya dh untung 680usd dlm masa 2 bln sekarang saya masih berlajar lagi forex sbb kebanyakan sy untung hanya nasib .sy kena berlajar lagi ….lagi..terima kasih abg li
boleh ajar?
boleh, ilmu A-Z dah disediakan di http://www.forexsebenar.com ya 🙂
Terima Kasih Tuan Khalid….
tred mark abe lid achuuk arhh!!
Terbaik Tuan Khalid….